Berita kehamilan sepatutnya disambut dengan kegembiraan bersama, bukannya rasa cemburu atau persaingan dalam keluarga. -Gambar hiasan AI
DIUJI dengan kehilangan cahaya mata bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui, apatah lagi zuriat sulung.Di kala hati masih berusaha menerima ketentuan Ilahi, sikap segelintir ahli keluarga yang tidak sensitif turut menambah beban emosi sebagaimana situasi dilalui wanita ini. "Macam mana ye nak hilangkan perasaan ni. Saya dan adik ipar hamil waktu yang sama. Tapi anak saya meninggal dalam kandungan. Saya insyaAllah dah terima takdir Allah. "Cuma saya teringat macam mana perangai adik ipar waktu tahu saya pun pregnant juga. Adik ipar tahu dia pregnant dulu, saya ni dah dua bulan lebih baru sedar yang tengah pregnant. ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentuaARTIKEL BERKAITAN: Anak degil, lebih dengar cakap ipar sebab dimanjakan... Wanita sedih peranan seorang ibu ‘hilang’ di rumah sendiri"Lepas je tahu saya pregnant, dia tak bertegur langsung, masam muka, moody sentiasa dan tunjuk tak suka sangat. Benda ni bukan saya je perasan tapi seluruh keluarga," kongsinya dalam hantaran di Thread.Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri ini, biarpun tertanya-tanya punca perubahan sikap adik iparnya itu, dia enggan mengambil pusing dan menganggap ia hanyalah mainan perasaannya. Sokongan antara suami isteri serta keluarga terdekat amat penting ketika melalui fasa kehilangan bayi. -Gambar hiasan AINamun hatinya makin terguris apabila individu tersebut secara tiba-tiba berubah ceria selepas dia kehilangan bayi dalam kandungan. "Sebelum tahu saya pregnant, dia okay je. Sampailah anak saya 'pergi', secara tiba-tiba dia jadi happy. Tiba-tiba jadi banyak cakap, mesra dengan semua. Jadi sedia kala balik. "Dan sekali lagi, orang keliling pun perasan. Saya tak pasti saya negatif ke apa, tapi saya nampak dia seolah tak gembira atas kegembiraan saya, tapi gembira bila saya sedih," luahnnya.Akibat luka emosi yang masih belum sembuh, wanita itu memilih untuk menjauhkan diri daripada bertemu adik iparnya sehingga ke hari ini.Seorang wanita hamil serentak dengan adik iparnya namun dia keguguran.Dia dan orang sekeliling sedar adik ipar berubah sikap selepas tahu dia juga hamil.Adik ipar kembali ceria secara tiba-tiba selepas wanita itu gugur.Keadaan itu melukai emosinya hingga dia memilih untuk menjauhkan diri.Netizen tampil memberi sokongan dan menasihati agar dia menetapkan batas demi kesejahteraan emosi.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjengah ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata sokongan dan menasihati wanita berkenaan agar terus menguatkan diri serta tidak membiarkan emosi negatif menguasai perasaan.Ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama dan menyarankan wanita berkenaan menetapkan jarak demi kebaikan diri sendiri. "Dia rasa macam pertandingan. Perangai 'pick me' dan lepas awak gugur, dia fikir dia menang."Adik ipar awak ada sindrom main character."Walaupun hilang anak, tapi awak nampak ciri sebenar orang terdekat yang belum diketahui sebelum ni," antara komen netizen.