Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. -Gambar hiasa AI
TULAR satu perkongsian di TikTok apabila seorang wanita mengakui dia tidak pernah menunaikan solat sunat Hari Raya sepanjang 30 tahun hidupnya.Pengakuan tersebut dibuat di ruangan komen pada sebuah hantaran video di TikTok yang nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Menurut wanita itu, keadaan tersebut berlaku kerana dia sentiasa sibuk di dapur menyediakan juadah bagi menyambut 1 Syawal.Situasi ini bukanlah sesuatu yang mustahil, malah boleh jadi ramai wanita lain turut mengalami perkara sama, iaitu berkorban meninggalkan peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah demi memastikan kelancaran persiapan keluarga pada pagi raya.Persoalannya, apakah hukum dan pandangan Islam terhadap situasi ini?Wanita disunatkan hadir solat hari rayaMemetik ulasan daripada laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wanita sebenarnya disunatkan untuk menghadiri solat sunat hari raya.Hari raya merupakan hari kegembiraan bagi umat Islam, dan solat sunat Aidilfitri adalah antara ibadah yang dianjurkan untuk dilaksanakan pada pagi 1 Syawal.Malah, jika tidak dapat menunaikan solat tersebut sekalipun, mereka tetap digalakkan untuk hadir bersama-sama umat Islam lain bagi memeriahkan suasana dan mengharapkan keberkatan.Perkara ini berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:"Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya serta membawa bersama anak dara dari biliknya dan wanita haid lalu mereka akan berada di belakang orang ramai bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan pada hari tersebut bersama-sama dengan orang ramai."(Riwayat al-Bukhari)Perbezaan pandangan ulamaDalam membincangkan hukum wanita keluar menunaikan solat sunat hari raya, terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama salaf.Sebahagian tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq dan Ali ibn Abi Talib berpendapat bahawa setiap wanita yang mampu digalakkan untuk keluar menunaikan solat sunat hari raya.Pandangan ini turut disokong oleh beberapa tokoh lain seperti Abdullah ibn Umar, Aisyah binti Abu Bakar serta ulama seperti Malik ibn Anas dan Abu Yusuf.Namun begitu, terdapat juga sebahagian ulama lain seperti Urwah ibn al-Zubair dan Yahya al-Ansari yang berpandangan makruh bagi wanita untuk keluar menunaikan solat sunat hari raya.Pandangan mazhab SyafiiDalam mazhab Mazhab Syafii, wanita secara umumnya disunatkan untuk menghadiri solat sunat hari raya.Namun terdapat pengecualian tertentu, khususnya bagi wanita yang memiliki rupa paras yang sangat cantik.Menurut Imam al-Nawawi, Imam al-Syafii dan para ulama mazhab berpendapat bahawa wanita yang tidak memiliki kecantikan yang menonjol disunatkan hadir ke solat hari raya.Sebaliknya, wanita yang memiliki rupa paras yang menarik dan boleh menimbulkan fitnah, dimakruhkan untuk menghadiri solat tersebut.Wanita haid juga digalakkan hadirWanita yang sedang haid juga digalakkan untuk menghadiri solat sunat hari raya, dengan syarat lokasi tersebut bukan di dalam masjid.Jika solat diadakan di kawasan lapang atau tempat terbuka, mereka boleh hadir untuk bersama-sama bertakbir dan berdoa.Namun sekiranya solat diadakan di masjid, maka menurut mazhab Syafii, wanita yang haid adalah diharamkan untuk memasuki ruang masjid.