Ramadan adalah bulan rahmat bagi mereka yang benar-benar memanfaatkan peluang untuk memperbaiki diri. -Gambar hiasan
BULAN Ramadan amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia kerana ia dipenuhi dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.Malah, dalam bulan penuh keberkatan ini juga terdapat malam istimewa iaitu Lailatulqadar yang dijanjikan lebih baik daripada seribu bulan. Selain itu, Ramadan turut dianggap sebagai bulan hidayah, rahmat dan keampunan bagi mereka yang benar-benar memanfaatkan peluang untuk memperbaiki diri serta meningkatkan amal ibadah.ARTIKEL BERKAITAN: Sana sini kedai emas diserbu, ramai nak ‘upgrade’ barang kemas sebelum raya... Tapi jangan salah pilih corak, haram!Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang mensia-siakan peluang keemasan ini sehingga tergolong dalam kalangan orang yang rugi.Perkara tersebut diingatkan oleh Rasulullah SAW menerusi sebuah hadis yang bermaksud:"Kerugian yang besar, apabila seseorang itu memasuki Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampun oleh Allah SWT."(Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan disahihkan oleh Al-Albani)Persoalannya, siapakah golongan yang dianggap rugi sepanjang bulan Ramadan?Perbuatan mengumpat adalah berdosa dan menjejaskan pahala berpuasa. -Gambar hiasa AIAntara golongan yang disebut-sebut termasuk:1. Orang yang tidak bersahurSahur merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam kerana ia bukan sahaja memberi tenaga kepada tubuh badan untuk berpuasa, malah turut mengandungi keberkatan.Ini kerana, orang yang bersahur itu akan mendapat doa daripada Allah dan para malaikat.Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan buat mereka yang bangun sahur." [Hadis Riwayat Ahmad]2. Orang yang tidak beristighfarBulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.Rasulullah SAW menjelaskan bahawa orang yang tidak mendapat keampunan dalam bulan Ramadan adalah orang yang paling rugi.Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Rugilah buat seseorang yang telah masuk ke dalam bulan Ramadan sehingga berlalulah ia sedangkan dosanya tidak diampunkan." [Hadis Riwayat Al-Tirmizi]3. Orang yang melakukan maksiatWalaupun berada dalam bulan penuh rahmat, masih ada antara kita terus melakukan perkara yang dilarang seperti perbuatan maksiat sehingga menghanguskan pahala puasa.Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan maksiat, maka Allah tidak berhajat (tidak menerima) terhadap puasanya yang sekadar meninggalkan makan dan minum." (Hadis Riwayat al-Bukhari)4. Orang yang tidak berdoa ketika berbuka puasaWaktu berbuka puasa merupakan antara saat yang mustajab untuk berdoa. Oleh itu, mereka yang tidak mengambil peluang untuk berdoa pada waktu ini dianggap mensia-siakan satu kelebihan besar dalam Ramadan.Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, terdapat satu waktu ketika dia berbuka di mana sekiranya dia berdoa, maka doanya tidak akan tertolak." [Hadis Riwayat Al-Tirmizi]