WANITA dan perhiasan sememangnya sukar dipisahkan.Sejak dahulu lagi, golongan wanita gemar menghias diri dengan pelbagai aksesori termasuk cincin, gelang, rantai, anting-anting dan sebagainya bagi menyerlahkan penampilan. Namun dalam keghairahan memilih perhiasan yang kelihatan cantik dan comel menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri nanti, ada perkara penting yang mungkin terlepas pandang.Ramai tidak menyedari bahawa memakai barang kemas yang mempunyai ukiran atau motif makhluk bernyawa sebenarnya dilarang dalam Islam.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita haid jangan ‘rembat’ makanan iftar di masjid, utamakan orang berpuasa... Mufti perjelas hukumnyaMenurut penjelasan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor, hukum memakai barang kemas berbentuk haiwan bagi tujuan hiasan semata-mata adalah haram.Ini kerana segala jenis perhiasan yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti binatang adalah tidak dibenarkan dipakai, apatah lagi apabila ia diletakkan pada tempat dimuliakan iaitu tubuh badan manusia.Larangan ini turut bersandarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW.Golongan wanita disarankan membeli perhiasan bermotif tumbuh-tumbuhan dan sebagainya, selain haiwan. -Gambar hiasan AIDalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA yang menceritakan tentang sikap Rasulullah SAW terhadap barangan yang mempunyai gambar makhluk bernyawa."Dia (Aisyah) membeli bantal-bantal kecil yang bergambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. "Aku tahu daripada wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah, Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?"Rasulullah SAW kembali bertanya, bantal-bantal apakah itu? Jawab Aisyah, aku membelinya untuk kamu sebagai tempat duduk atau tempat bersandar."Sabda Rasulullah SAW, pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka, hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!"Kemudian baginda bersabda, sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.” (Riwayat Muslim)Oleh itu, merujuk kepada persoalan tersebut, memakai perhiasan berbentuk haiwan atau makhluk hidup bagi tujuan hiasan semata-mata adalah diharamkan.Islam sejak dahulu menggalakkan penggunaan motif alam seperti bunga dan tumbuhan dalam seni hiasan, berbanding bentuk haiwan atau makhluk bernyawa.Ia juga bertujuan mengelakkan kemungkinan sesuatu bentuk atau objek itu menjadi unsur pemujaan tanpa disedari, selain menghindari sikap berbangga diri yang berlebihan dalam berhias.