SUASANA berbuka puasa di masjid atau pun surau semakin menjadi pilihan ramai bukan sahaja disebabkan dapat makan percuma tetapi mengeratkan silaturahim di antara jemaah.Namun satu perkongsian di Threads baru-baru ini mencetuskan persoalan apabila seorang individu menceritakan pengalaman dialaminya ketika berbuka puasa di sebuah masjid. Kongsinya, ketika berbuka dia tanpa sengaja mendengar perbualan dua orang wanita yang salah seorang daripada mereka memberitahu sedang datang bulan."Dia makan makanan disediakan masjid untuk orang berpuasa berbuka. Malam itu pula pek makanan yang diedarkan tidak mencukupi."Ada ramai orang berpuasa tidak dapat pek makanan tersebut tetapi dapat bubur lambuk," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mula perasan, tertanya-tanya kenapa imam beralih tempat apabila nak solat sunat? Lepas ni kita kena buat juga!Situasi itu membuatkan individu berkenaan tertanya-tanya sama ada wanita yang sedang haid itu dibenarkan mengambil makanan iftar disediakan pihak masjid apatah lagi jumlahnya tidak mencukupi untuk mereka yang berpuasa.Persoalannya, bolehkan wanita yang sedang dalam haid makan makanan disediakan masjid?Kebanyakan masjid atau surau menganjurkan majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan. -Gambar hiasan AITanda tanya berkenaan dihuraikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi satu penjelasan di laman rasminya.Menurutnya, wanita haid dilarang memakan makanan yang khusus disediakan oleh masjid untuk orang berbuka puasa. "Sekiranya mereka tidak tahu kepada siapa makanan tersebut dikhususkan, maka wajib kembali kepada hukum asal iaitu, niat penderma hanya untuk orang yang berpuasa. "Oleh itu orang yang tidak berpuasa tidak dibenarkan mengambil makanan yang disediakan," terangnya.Walau bagaimanapun, diharuskan wanita haid mengambil makanan yang disediakan di masjid jika makanan tersebut diyakini disediakan untuk setiap orang tanpa mengehadkan sesiapa pun dan ada lebihan makanan."Sebaiknya wanita haid bertanya dengan penganjur iftar tersebut atau pihak masjid sebelum mengambil makanan yang disediakan. "Dalam keadaan tersebut, orang yang tidak berpuasa dinasihatkan agar memberi laluan orang yang berpuasa untuk mengambil makanan terlebih dahulu. "Begitu juga, wanita haid wajib menjaga adab-adab ketika di masjid dengan tidak memasuki kawasan masjid yang dilarang bagi wanita haid bagi menjaga kesucian masjid," jelasnya lagi.