Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam yang dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. -Gambar hiasan AI
HARI ini bersamaan dengan 17 Ramadan merupakan salah satu hari paling bersejarah dalam kalendar Islam.Pada hari ini, umat Islam memperingati Nuzul al-Quran, iaitu detik di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira. Peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan terutamanya kehidupan Nabi SAW.ARTIKEL BERKAITAN: Hayati peristiwa Nuzul al-Quran, rebut ganjaran membacanya sepanjang RamadanJusteru sempena hari istimewa ini, marilah kita sama-sama 'mengenali' dengan lebih mandalam mukjizat terbesar buat seluruh umat Islam ini dalam menjalani kehidupan seharian kita.Fakta-fakta menarik mengenai al-Quran:1) Nuzul (penurunan) al-Quran berlaku dalam dua peringkat, nuzul yang pertama berlaku sekaligus dari Loh Mahfuz ke Bailtul 'Izzah di langit dunia. 2) Nuzul yang kedua pula berlaku secara beransur-ansur dari Baitul 'Izzah kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril.3) Berlaku ketika Rasulullah berusia 41 tahun, pada malam Jumaat pada 17 Ramadan (6 Ogos 610M).4) Ayat al-Quran yang pertama diturunkan adalah surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5.5) Al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun.Sempena hari Nuzul al-Quran yang juga jatuh pada bulan Ramadan, umat Islam bukan saja digalakkan memperbanyakkan bacaan al-Quran, malah berdoa memohon keampunan Allah. -Gambar hiasan6) Fasa pertama adalah ketika Rasulullah berada di Mekah sebelum hijrah. Ayat ini dipanggil ayat Makkiyah. Secara umumnya ayat Makkiyah berkisar tentang aqidah. Ayat Makiyyah diturunkan sebanyak 86 surah selama lebih kurang 13 tahun.7) Fasa kedua adalah ketika baginda berada di Madinah selepas hijrah. Ayat ini dipanggil Madaniyyah. Secara umumnya ayat Madaniyah berkisar tentang hukum dan peraturan agama Islam. Ayat Madaniyah pula diturunkan sebanyak 28 surah selama lebih kurang 10 tahun.8) Al-Quran dibahagikan kepada 30 juzuk dan 114 surah. 9) Semasa hayat Rasulullah, al-Quran selain dihafaz, ianya juga ditulis di pelepah kurma, batu, kulit atau daun kayu. 10) Sewaktu kekhalifahan Aaidina Abu Bakar, selepas berlakunya beberapa peperangan yang menyebabkan ramai hafiz yang syahid, Umar Ibn Al-Khattab telah meminta supaya tulisan al-Quran dikumpulkan. Zaid bin Tsabit telah diberi tanggungjawab dalam pengumpulan al-Quran untuk dimushafkan.Sebagai umat Islam, sambutan hari ini perlu diraikan dengan cara menghargai peranan al-Quran sebagai panduan dan peneman hidup kita.Perbanyakkan amalan seperti membaca dan memahami al-Quran, beriktikaf di masjid, beristighfar dan memperbanyakkan doa terutamanya memohon keampunan daripada Allah SWT.