Budaya 'cop' tempat duduk dalam saf sememangnya menimbulkan rasa kurang senang jemaah lain. -Gambar hiasan AI
LAYANAN kurang mesra segelintir ahli jawatankuasa (AJK) surau atau masjid kadangkala boleh menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan jemaah lebih-lebih ketika umat Islam memasuki pecutan fasa akhir mengejar pahala Ramadan.Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika hadir ke sebuah surau bagi menunaikan solat tarawih berjemaah. Menurutnya, dia tiba lebih awal dan berjaya mendapatkan tempat di saf hadapan bagi jemaah wanita.Namun situasi berubah apabila seorang jemaah lain menegurnya dan meminta dia beralih ke saf belakang.ARTIKEL BERKAITAN: Baru bertunang dah ‘feeling’ nak bayar zakat fitrah untuk bakal isteri... Sah atau hanya sia-sia?Dia dimaklumkan tempat tersebut dikhaskan untuk seorang jemaah bergelar ustazah yang juga merupakan isteri kepada imam surau berkenaan."Tolong duduk saf belakang ya, tempat ni untuk ustazah. Dia tu bini imam tarawih surau ni," kata AJK berkenaan.Wanita itu bagaimanapun mempersoalkan arahan tersebut kerana merasakan tidak wajar ada budaya 'cop tempat' sama ada di masjid atau surau."Tapi saya sampai dulu. Mana boleh cop tempat," katanya kepada AJK wanita yang menegurnya.Perbuatan mengambil tempat duduk jemaah lain di dalam masjid atau surau adalah dilarang Rasulullah SAW. -Gambar hiasanNamun menurutnya, AJK wanita tersebut tetap meminta dia mengalah atas alasan menghormati kedudukan ustazah berkenaan."Orang muda duduk belakanglah. Hormatlah title ustazah tu," ujar jemaah tersebut seperti yang diceritakan semula oleh wanita berkenaan.Berasa kecewa dengan situasi yang berlaku, wanita itu akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya menunaikan solat tarawih di surau tersebut dan memilih untuk pulang."Saya hanya meluah apa yang berlaku pada saya. Ternyata memang wujud isu-isu sebegini di masjid mahupun surau."Bini imam tu tak salah pun, yang kepoh AJK surau. Dia memang utamakan ahli jemaah surau untuk berada di saf depan," ujarnya lagi. Bagaimanapun, wanita tersebut menganggap pengalaman yang dialaminya itu mempunyai hikmah tersendiri dan menjadi pengajaran buatnya.Larangan Rasulullah SAWHakikatnya perbuatan mengambil tempat duduk jemaah lain di dalam masjid atau surau adalah dilarang Rasulullah SAW.Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu 'Awanah, memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang bangun dari tempat duduknya, kemudian dia kembali semula kepada tempat itu, maka dia lebih berhak dengannya (tempat tersebut)." [Riwayat Muslim (2179)]Sementara itu hadis daripada Ibnu Omar, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:"Nabi SAW melarang perbuatan menyuruh seseorang itu bangun dari tempatnya supaya orang lain dapat duduk di tempat itu." [Riwayat al Bukhari (6270)]Namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan terdapat pengecualian tertentu yang diberi kepada para ulama yang datang ke suatu tempat bagi urusan pengajian.Imam al-Nawawi menyatakan bahawa menurut mazhab Syafie, sesiapa yang melazimi suatu tempat tertentu di dalam masjid untuk memberi fatwa atau mengajar al-Quran serta lain-lain ilmu syarak, maka dia lebih berhak dengan tempat tersebut.