suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bangsa ni pandai manipulasi!” - Wanita menyesal ‘buka pintu’ kepada Rohingya... Sewa tak bayar, adab pun tiada

Penyewa sepatutnya menjaga rumah yang disewakan kepadanya dengan sebaik mungkin. -Gambar hiasan AI

ISU melibatkan penyewa yang culas membayar sewa bulanan sememangnya antara cabaran terbesar yang sering dihadapi pemilik rumah.

Cabaran itu adakalanya menjadi lebih rumit dan menguji kesabaran, terutamanya apabila ia melibatkan warga asing.

Berkongsi pengalaman getir tersebut, seorang individu tampil menceritakan kisah keluarganya yang pernah menyewakan sebuah rumah di kampung kepada seorang lelaki Rohingya.

Menurutnya, pada mulanya penyewa tersebut hanya tinggal bersendirian di rumah berkenaan sebelum isteri dan anak kecilnya turut dibawa masuk untuk menetap bersama.

"Pada peringkat awal, dia ada membayar sewa seperti biasa. Namun selepas itu bayaran mula tertunggak dan akhirnya langsung tidak dijelaskan," katanya mengimbas kembali permulaan konflik tersebut.

Tuan rumah perlu bersedia untuk berdepan risiko rumah kotor selepas penyewa keluar. -Gambar hiasan

Ceritanya lagi, atas dasar kemanusiaan, dia yang sesekali pulang ke kampung sering membelikan makanan untuk anak dan isteri penyewa berkenaan kerana berasa amat simpati dengan keadaan hidup mereka.

Bagaimanapun, sikap ihsan dan kebaikan keluarganya itu langsung tidak dihargai.

"Selalunya apabila balik kampung saya beli makanan bagi dekat anak bini dia sebab kesian. Tapi memang jenis tak beradab ni... apabila orang bagi, terus tutup pintu dan senyum pun tak," katanya.

Bercerita lanjut, individu itu berkata ibunya yang bersifat lemah lembut terus bersabar dan membiarkan sahaja keluarga terbabit menetap selama beberapa bulan tanpa sebarang bayaran sewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Umpama gigit tangan pemberi makan! Netizen bersatu hati desak aktivis Rohingya mohon maaf burukkan Malaysia di Australia

ARTIKEL BERKAITAN: Minta sedekah dalam kedai, remaja Rohingya kena ‘hayun’ selepas usik makanan pelanggan - “Aku dah la tengah period”

Namun melihat keadaan yang semakin melampau, abangnya akhirnya terpaksa campur tangan dan mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan keluarga berkenaan mencari kediaman lain serta berpindah keluar dalam tempoh yang ditetapkan.

"Saya terkedu. Mak saya penyabar dan biarkan sampai empat hingga lima bulan juga bangsa tu duduk secara percuma. Abang saya balik kampung, suruh cari rumah lain.

"Sudah la pengotor, nasib baik la mereka dah keluar lepas abang saya halau. Sewa tertunggak pun kira hangus je. Kalau tak halau, seronok dia duduk percuma sampai sekarang," jelas wanita itu.

  • Kasihan bertukar beban, wanita rugi berbulan-bulan akibat penyewa culas bayar sewa.
  • Beri peluang sampai lima bulan, keluarga akhirnya minta penyewa Rohingya pindah keluar.
  • Belanja makan kerana simpati, wanita terkedu apabila penyewa gagal bayar sewa.
  • Rumah kotor, sewa tertunggak lesap begitu sahaja, wanita kongsi pengalaman pahit.
  • Tumpang simpati pemilik rumah, penyewa didakwa tinggal berbulan-bulan tanpa bayar sewa.

Menurutnya, rumah didiami penyewa berkenaan ditinggalkan dalam keadaan kotor selain meninggalkan tunggakan sewa yang terpaksa dianggap sebagai kerugian.

Dalam masa sama, wanita itu turut menitipkan pesanan mendalam agar masyarakat sentiasa berwaspada dengan taktik meraih simpati golongan terbabit bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan seterusnya.

"Mereka pandai buat muka kesian. Sebelum ni berlagak kalau orang bagi makan. Masa kena halau, buat muka sedih. Nasib baik bukan saya atau mak yang uruskan, mungkin kami akan  terpedaya.

"Abang saya hati keras sikit. Jadi jangan terpedaya dengan muka sedih lakonan mereka sebab bangsa ni pandai manipulasi dengan jadi mangsa padahal tengah tunggu masa jadi pemangsa dekat tuan tanah," ujarnya lagi.

Artikel Lain