suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 25 tahun kecewa lambat jumpa jodoh walau jaga ikhtilat, keliru lihat rakan ‘sisi gelap’ hidup bahagia

Ramai wanita mahu mengakhiri zaman bujang selepas tamat pengajian. -Gambar hiasan AI

MELIHAT rakan-rakan sebaya tersenuym bahagia mengecapi kebahagiaan rumah tangga kadangkala boleh menerbitkan rasa sangsi dalam diri tentang hati sendiri masih belum dimiliki sesiapa.

Perasaan sunyi dan keliru itulah yang berselubung di dalam hati seorang wanita.

Ujarnya, di sebalik usahanya menjaga batas pergaulan dan ikhtilat, pintu jodohnya seolah-olah masih tertutup rapat, membuatkan dia mula mempersoalkan takdir diri.

Apabila membandingkan nasib diri dengan rakan-rakan sekeliling yang sudah pun mendirikan rumah tangga, wanita berusia 25 tahun ini mendedahkan satu realiti yang cukup mengganggu emosinya.

Dakwanya kebanyakan kenalannya pernah melalui fasa hubungan cinta yang sangat bebas sebelum ini.

Mendirikan rumah tangga merupakan impian semua individu. -Gambar hiasan

Mendirikan rumah tangga merupakan impian semua individu. -Gambar hiasan

"Kawan-kawan diploma aku dulu tidur dengan pasangan mereka. Kemudian lepas habis diploma mereka putus dan dia jumpa lelaki lain terus berkahwin, elok je ada anak.

"Suami pun baik, duduk rumah landed sedangkan aku tak pernah ada lelaki yang minat, tiada bayang-bayang lagi walau dah habis ijazah," luahnya di Thread.

Melihat plot kehidupan rakan-rakannya yang kelihatan 'berjalan lancar' selepas melanggar batas agama, wanita ini mengakui mindanya mula dihujani persoalan pelik.

Dia tertanya-tanya sendiri, adakah sebuah perkahwinan yang bahagia itu perlu bermula dengan jalan maksiat dan zina?

  • Wanita 25 tahun luah kecewa kerana masih belum bertemu jodoh walaupun menjaga batas pergaulan.
  • Dakwa ramai rakan yang pernah menjalinkan hubungan intim kini hidup bahagia selepas berkahwin.
  • Persoalkan sama ada perkahwinan perlu bermula dengan hubungan terlarang untuk dipermudahkan.
  • Mengaku mengenali kehidupan sosial rakan-rakannya berdasarkan beberapa kejadian yang pernah berlaku.
  • Netizen menegur pemikirannya dan menegaskan zina tidak mempunyai kaitan dengan urusan jodoh.

Persoalan itu bukanlah dilemparkan secara melulu, sebaliknya dia mengakui tahu secara jelas dan nyata tentang kisah silam serta kehidupan sosial rakan-rakannya sendiri.

"Aku bukan buat tuduhan tapi ada bukti, salah seorang tu video mereka terbongkar dan seorang lagi teman lelaki dia ada muat naik gambar mereka atas katil.

"Ada seorang lagi yang gelabah cari alat ujian kehamilan sebab period dia lambat," adunya berkongsi kisah rakan-rakan yang kini sudah berumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: 

ARTIKEL BERKAITAN: 

Rintihan jujur penuh kekeliruan itu mendapat perhatian meluas warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan teguran berhemah serta kata-kata nasihat agar wanita ini tidak tersalah langkah dalam berfikir.

"Salah pemikiran kau ni, Tuhan dah lindung dan jaga kau daripada berzina tapi kau boleh fikir itu punca lambat jodoh.

"Zina tak ada kaitan dengan jodoh sebab boleh jadi suami tu pun dua kali lima macam dia dan manalah tahu penzina tu dah bertaubat," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain