DALAM alam persahabatan, sikap saling membantu ketika berdepan kesulitan dianggap sebagai satu perkara biasa. Bagaimanapun kepercayaan dan keikhlasan yang diberikan itu boleh bertukar menjadi kekecewaan terbesar apabila pertolongan yang dihulurkan langsung tidak dihargai. Begitulah penderitaan dirasai seorang lelaki selepas niat baiknya membantu seorang kenalan rapat akhirnya bertukar menjadi beban emosi yang sangat berat sehingga kini.Lebih menambah rasa pilu, wang berjumlah RM52,000 yang dipinjamkan sebelum ini masih belum dipulangkan meskipun individu terbabit dilihat gembira menjalani kehidupan serba mewah."Ada seorang kawan, dia berhutang dengan aku RM52,000 tapi tak pernah bayar balik. Aku dah banyak kali minta tapi ada sahaja alasannya dan sejak tiga bulan lepas, aku nampak kehidupan dia agak mewah.Masalah kewangan yang dihadapi mendorong seseorang meminjam duit daripada rakan-rakan. -Gambar hiasan AI"Aku tak kisah kalau dia nak bayar RM100 sebulan sekalipun, asalkan dia bayar," luahnya di Thread.Selain mengakui dia sendiri kini berada dalam kesulitan dan memerlukan wang, pengadu turut menyatakan dia sudah mencuba pelbagai langkah untuk mendapatkan wang yang dipinjamkan itu.Namun malangnya, usaha tersebut bukan sahaja tidak membuahkan hasil, malah nombor telefonnya juga disekat oleh individu tersebut.Tidak cukup dengan itu, mesej pertanyaan terakhirnya dibalas dengan jawapan yang langsung tidak disangka-sangka.Lelaki dakwa rakan berhutang RM52,000 tetapi tidak pernah membuat bayaran balik.Sudah berkali-kali menuntut hutang, namun rakannya sering memberi pelbagai alasan.Pengadu mendakwa rakannya kini hidup mewah walaupun masih berhutang dengannya.Rakannya didakwa berkata hutang akan dibayar melalui hibah selepas dia meninggal dunia.Netizen menggesa pengadu mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut semula wang tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Hujung bulan lepas sekali lagi aku minta dengan dia dan dia cakap... kau jangan risau, kau tunggu je aku mati sebab aku dah buat hibah untuk bayar hutang-hutang aku," ujarnya mendedahkan perbualan yang menyakitkan hati itu.Baginya, jawapan tersebut bukan sahaja menggores hati dan perasaan, malah dia sentiasa berharap rakannya itu segera meninggal dunia supaya dia berpeluang memperoleh semula wang yang dipinjamkan itu."Aku rasa sakit hati sampai sekarang, setiap kali bangun tidur je aku akan tengok telefon sambil tertanya-tanya sama ada dia dah mati atau belum."Kadang-kadang aku tertanya-tanya, lambat lagi ke kawan aku ni nak mati ya Allah sebab aku nak guna duit," luahnya sayu.ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ibu muka tembok, hutang lama tak bayar desak pinjam duit lagi! Suruh gadai gelang sedang dipakaiARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bagi pinjam RM2,500, buntu kawan maut kemalangan belum bayar hutang... Tak tergamak minta pada balu baru lepas bersalinMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan lelaki itu supaya mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut semula wang berkenaan."Ambil tindakan undang-undang, saman tuntutan bayar balik hutang... kalau sabar dan berdoa tanpa usaha, memang tak dapat balik duit tu."Tak perlu tunggu mati, buat sahaja tuntutan guna peguam. Menipu je ada hibah bagai, alasan tak mahu bayar," demikian reaksi netizen.