Jaga tutur bicara, elakkan membuat tuduhan tidak berasas sehingga menggores hati orang lain. -Gambar hiasan AI
IMPIAN memiliki beg tangan mewah akhirnya menjadi kenyataan buat seorang wanita.Bagaimanapun kegembiraan yang dirasainya tidak bertahan lama selepas dia menerima komen sinis hingga meragut keyakinannya untuk menggayakan aksesori tersebut. Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan berkata dia sudah lama menyimpan hasrat memiliki sebuah beg tangan berjenama mewah, sebelum berjaya membelinya hasil titik sendiri.Namun menurutnya, perasaan bangga itu bertukar menjadi kurang selesa selepas ada individu luar dengan selamba mempertikaikan status ketulenan beg miliknya.Kata-kata atau tuduhan boleh memberi kesan tanpa kita sedari. -Gambar hiasan AI"Saya sangat gembira sebab berjaya beli beg mewah yang memang menjadi idaman. Akhirnya saya mampu memilikinya."Kemudian ada seseorang bertanya... is this fake? Cara dia pandang saya dan nada suaranya memang saya tak boleh lupa," tulisnya meluahkan rasa terkilan.Disebabkan pengalaman pahit itu, wanita berkenaan mengakui dia kini lebih banyak membiarkan beg berkenaan tersimpan rapi di dalam almari berbanding membawanya keluar ke khalayak ramai."Sejak itu saya simpan sahaja dalam almari. Apabila suami suruh pakai, saya cakap tak mengapa, simpan saja. Sekali-sekala sahaja saya bawa keluar," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Cara dia cakap buat saya hilang kata-kata” - Ramai kagum tengok peniaga cilik bagi free gift doa... rare dan tak fake!ARTIKEL BERKAITAN: Kiri kanan jinjing ‘paper bag’ Louis Vuitton, Dior... Usahawan berhabis RM500,000 di Milan, tapi netizen tetap tuduh melaram barang Danau KotaPerkongsian sarat emosi itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menggesa wanita tersebut agar tidak terlalu memikirkan pandangan negatif orang lain."Kalau bukan tiruan, pakai saja. Kenapa nak pening dengan cakap orang?"Saya rasa setiap wanita mengidamkan beg mewah. Awak mampu beli dengan duit sendiri, jadi gunakanlah. Orang boleh cakap apa saja, tapi awak tahu awak bayar mahal untuk beg itu."Sibuk sangat nak tanya pasal barang orang. Macam tahu pula status kewangan seseorang sampai nak persoalkan itu ini. Pakai saja dan bawa ke mana-mana. Beg kulit macam ni lagi lama dipakai, lagi cantik," tulis beberapa netizen.Wanita trauma selepas beg mewahnya dipertikaikan.Beg idaman kini lebih banyak disimpan dalam almari.Pandangan sinis orang lain buat wanita hilang keyakinan.Wanita tidak menghakimi individu yang memakai beg 'fufu'.Netizen menggesa wanita menikmati hasil titik peluh sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam satu hantaran lain, wanita itu menjelaskan dia tidak memandang rendah individu yang menggunakan beg tiruan atau versi 'fufu' malah hampir terbeli untuk dirinya sendiri."Saya tak menghakimi orang yang pakai beg fufu. Saya pun suka beg fufu. Malah hampir beli satu sebelum ini."Ada juga influencer kaya yang mengaku sebahagian beg miliknya bukan asli, tetapi koleksi begnya memang mengagumkan. Itu aset sebenar. Jadi, kalau suka, belilah beg yang diinginkan," katanya.