suria

Kiri kanan jinjing ‘paper bag’ Louis Vuitton, Dior... Usahawan berhabis RM500,000 di Milan, tapi netizen tetap tuduh melaram barang Danau Kota

Khairul membelanjakan RM500,000 untuk membeli barangan mewah di Milan.

VIDEO memaparkan seorang usahawan Malaysia yang berbelanja mewah di Milan, Itali, meraih perhatian netizen di media sosial.

Menerusi video itu, Khairul, 31, yang juga pengusaha restoran ikan patin menghabiskan RM500,000 untuk membeli pelbagai barangan fesyen berjenama mewah.

"RM500,000 je wak. Apabila kita beli barang RM500,000 dekat Milan. Bawa balik Malaysia orang cakap fake," ujarnya pada kapsyen video TikTok.

Turut dikenali sebagai Big Boss Ratu Patin, Khairul menghasilkan video itu demi menjawab tohmahan segelintir individu yang menganggap dia bergaya dengan barang tiruan.

"Sebenarnya saya pergi ke Milan pada bulan Mei hari tu. Dengan RM500,000 tu saya beli beg, baju, kasut dan jam tangan. Memang tujuan ke sana untuk shopping. Sekadar suka-suka saya post, tak sangka viral.

"Tapi saya memang pernah dapat komen negatif sebelum ni. Mereka kata saya pakai barangan fake yang dibeli di Danau Kota. Saya pun tak tahu Danau Kota tu kat mana.

Kecaman itu biasa, kalau kita nak masuk dalam dunia media sosial... kita kena terima.

KHAIRUL

USAHAWAN

"Saya anggap mereka sekadar nak komen untuk minta saya balas. Ada yang komen kasar, kita pun balas kasar. Tapi saya tak pernah serik dengan kecaman. Orang bisnes dah biasa kena kecam," ujarnya kepada mStar.

Menurut Khairul, dia terbuka menerima kritikan netizen namun berharap ia dapat disampaikan dalam nada yang lebih berhemah.

"Kecaman itu biasa. Kalau kita nak masuk dalam dunia media sosial, kita kena terima. Tapi pada pandangan saya, nak komen tu biarlah berpada-pada.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak pakai seluar! Lelaki sarung blazer oversized berani tayang paha... Paling yakin lincah dengan but tumit tinggi paras lutut

ARTIKEL BERKAITAN: Orang asyik pandang serong, siap label macam patung seram Annabelle! Gadis ini bangga gayakan fesyen ‘Lolita muslimah’

"Ada orang boleh terima, ada orang sampai jadi tertekan. Bayangkan ibu mengandung kena kecam, pastinya ia memberi kesan negatif kepadanya. Jadi fikir dulu sebelum komen," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Khairul berkata dia juga merupakan seorang jurutera, namun lebih selesa menonjolkan sisinya sebagai usahawan menerusi media sosial.

"Saya masih lagi seorang engineer yang terlibat secara tak langsung. Saya juga ada bisnes baja dan pokok. Tapi saya nak ketengahkan restoran ikan patin yang saya usahakan di Kuantan, Pahang.

khaiur3

Khairul merupakan pengusaha restoran di Kuantan.

"Saya berharap sesiapa yang singgah di Kuantan akan datang ke restoran ini. Saya nak perkenalkan makanan tradisional sebenar. Itu yang saya nak tekankan.

"Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Restoran ini pernah menerima kunjungan artis, menteri dan kerabat diraja," ujarnya lagi.

Akhir bicara, Khairul turut menitipkan pesan kepada anak muda yang mahu menceburi dunia bisnes agar terus cekal untuk mengejar impian masing-masing.

khairul2

Usahawan itu berkunjung ke Milan pada Mei lalu.

"Nasihat saya, jangan takut, jangan putus asa dan jangan iri hati dengan sesiapa. Kita juga kena ada ilmu. Ada orang tiada kesempatan sambung belajar, tapi ilmu itu ada di mana-mana.

"Contohnya boleh sertai kursus jangka masa pendek. Pembelajaran itu kena sentiasa berterusan, kena ikut peredaran zaman jika tak mahu ketinggalan," pesan Khairul lagi.

Untuk rekod, Khairul sebelum ini pernah tular apabila dia berkongsi video menggayakan baju berharga lebih RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain