suria

Crepe viral pelbagai perisa dihumban dalam tong sampah, Kieda menangis tanggung rugi hampir RM10,000!

Kieda menceritakan bagaimana dia mengalami kerugian setelah crepe berlendir akibat chiller rosak.

MENJUAL makanan merupakan salah satu cabang perniagaan yang boleh membawa untung besar jika ia menepati selera pelanggan.

Keuntungan tentunya lebih melimpah-ruah apabila bisnes yang diusahakan menjadi buah mulut orang dan viral di media sosial seperti usahawan dessert dari Pulau Pinang, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda.

Namun di sebalik kejayaannya, Kieda tidak pernah lekang daripada dilanda ujian dan kontroversi.

Terbaharu dia mengalami kerugian apabila apabila peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan bekalan crepe rosak secara tiba-tiba.

Kieda merupakan usahawan yang menjual crepe di Pulau Pinang.

Berita sedih itu diterima menerusi mesej di aplikasi WhatsApp oleh pekerjanya ketika Kieda bersama staf yang lain berada di Kuantan, Pahang.

"Saya dapat makluman pekerja beritahu produk crepe rosak sebanyak 475 bekas.

"Saya kerugian RM9,404. Tapi tak apa... mungkin ujian saya, tak ada rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe bikin orang marah lagi! Buat ‘tour’ di Shah Alam tapi tak mampu urus... Pelanggan beratur 3 jam kecewa tak dapat beli

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah panas pun tak kisah! Beratur macam nak tengok konsert, Kieda Crepe pasang pagar besi... Dipuji belajar daripada kesilapan

"Dari Pulau Pinang ke Kuantan pun minyak habis. Macam-macam... banyak betul ujian. Tapi insya-Allah semoga Allah murahkan rezeki saya dan team. Ikhlas kami cari rezeki kerana Allah," ujarnya.

Kieda kini berada di Kuantan bagi meneruskan jelajah perniagaannya di Bazar Serambi Teruntum.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pekerjanya dilihat membuang semua crepe pelbagai perisa yang sudah berlendir dalam tong sampah.

Sedih bukan sebab duit ringgit tapi sebab guna tenaga buat crepe tu.

NETIZEN

Selain soal duit, pemilik jenama Kieda Crepe pastinya terkilan apabila mengenangkan usaha keras pekerjanya menyiapkan stok jualan menjadi sia-sia.

"Sedihlah... makanan macam ni kan bersusu (punca rosak).

"Esok kita berniaga, kita all out dekat sini pula," yang turut mengalirkan air mata kerana gagal menahan sebak lagi.

Komen netizen di TikTok.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib Kieda dan mendoakan supaya wanita ini kuat menempuh ujianNya.

"Bukan sebab duit ringgit tapi sebab guna tenaga buat crepe tu. Semoga Allah permudahkan urusan Kieda dan team.

"Harap Kieda dan team kuat hadapi ujian ni. Allah nak bagi lebih lagi lepas ni.

"Percayalah RM10,000 tu Allah akan ganti dengan benda yang lebih berlipat kali ganda tak disangka-sangka," komen netizen memberikan kata-kata semangat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain