suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

El-Sayed cipta sejarah jadi senator Muslim pertama dalam Senat AS

El-Sayed menjadi ahli Senat Amerika Syarikat Muslim yang pertama. -Foto Reuters

CALON Parti Demokrat, Abdul El-Sayed dilaporkan mencipta sejarah sebagai individu Muslim pertama memenangi kerusi Senat Amerika Syarikat (AS).

Perkembangan itu hadir ketika partinya turut meraih kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal dengan menguasai kedua-dua dewan Kongres.

Memetik laporan NewsBytes, El-Sayed dilaporkan menewaskan calon Republikan, Mike Rogers dalam perebutan kerusi Senat Michigan.

Terdahulu, kerusi tersebut kosong susulan persaraan senator Demokrat, Gary Peters, sekali gus menjadikannya antara persaingan penting dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, AP melaporkan Parti Demokrat berjaya merampas kawalan Dewan Perwakilan dan Senat daripada Republikan.

Keputusan berkenaan memberi tamparan kepada Presiden Donald Trump ketika pentadbirannya berdepan rasa tidak puas hati pengundi berhubung kos sara hidup, inflasi dan isu rasuah.

Dengan majoriti dalam kedua-dua dewan, Demokrat dijangka memperketat pengawasan terhadap pentadbiran Trump, termasuk melalui siasatan Kongres.

Penguasaan itu juga bakal menyukarkan presiden berkenaan melaksanakan agenda perundangannya sepanjang baki dua tahun pentadbiran.

Susulan daripada itu, Trump dilaporkan menyalahkan calon Republikan atas kekalahan tersebut dan menyatakan beliau akan menggunakan kuasa veto terhadap rang undang-undang Demokrat.

Artikel Lain