PENGORBANAN seorang isteri dalam menguruskan rumah tangga sering dianggap sebagai sesuatu yang tidak ternilai, lebih-lebih lagi ketika terpaksa mengerah tenaga menjaga pasangan berdepan masalah kesihatan.Namun, malang nasib seorang wanita apabila melalui situasi yang cukup merentap emosi. Dia meluahkan rasa terkilan yang amat sangat apabila segala penat lelahnya bukan sahaja tidak dihargai, malah diherdik dengan kejam hanya kerana menggunakan wang simpanan suaminya ketika lelaki itu terlantar."Dosa ke aku guna duit suami semasa dia sakit? Aku ni suri rumah.Seorang isteri pasti akan menjaga kebajikan dan keperluan suami yang sedang sakit. -Gambar hiasan AI"Apabila suami aku terlantar sakit, aku guna duit dia beli ubat, lampin pakai buang, susu dan makanan untuk dia dengan aku," luahnya di Trhead.Mengadu mengenai situasi perit yang menimpanya, wanita itu menegaskan bahawa wang simpanan suaminya langsung tidak disalahgunakan, melainkan hanya untuk membeli barang keperluan semata-mata.Namun tanpa diduga, sejurus suaminya kembali sembuh daripada sakit yang dialami, tindakan pertama lelaki itu bukanlah ucapan terima kasih, melainkan kemarahan yang meluap-luap kerana mendapati wang simpanannya berkurangan.Wanita suri rumah guna wang simpanan suami ketika lelaki itu terlantar sakit.Duit digunakan untuk beli ubat, pampers, susu, makanan dan keperluan rumah.Suami marah selepas sembuh kerana mendapati baki simpanannya berkurangan.Wanita terkilan kerana usahanya menjaga suami ketika sakit tidak dihargai.Netizen mempertahankan wanita itu dan menyifatkan perbelanjaan tersebut untuk keperluan keluarga, bukan pembaziran.Ringkasan ini dijana oleh AI"Apabila dah sembuh, dia semak baki duit dan terus hamun aku sebab guna duit dalam bank."Dia pertikai kenapa duit dia tinggal sikit, aku kecewa sangat," tambahnya yang turut terkilan dengan herdikan melulu suaminya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.Rata-ratanya berpendapat perbelanjaan bagi keperluan keluarga, khususnya ketika pasangan sedang uzur, seharusnya difahami dengan waras dan dibincangkan secara baik bagi mengelakkan konflik dalam rumah tangga.ARTIKEL BERKAITAN: Hanya fikir nak cerai, isteri biar suami sakit kronik terlantar di bilik bawah... Tak mampu nak jaga - “Indahnya jika ada tempat bermanja”ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah puas hati jaga dia” - Jururawat reda diceraikan lepas 5 tahun jaga suami sakit, doa moga bahagia dengan isteri baharuTidak kurang juga yang menyelar sikap baran si suami kerana langsung tidak tahu menghargai keringat dan pengorbanan isteri yang setia menjaga siang dan malam sewaktu dia tidak berdaya."Patut tekup muka suami tu dengan bantal masa dia terlantar dulu, dasar tak kenal dek untung."Tanya dia, takkan pula nak minta nafkah daripada suami jiran pula."Tak berdosa dan tak perlu rasa useless, bagitahu je duit tu guna semasa dia sakit, semoga Allah permudahkan urusan mu," demikian reaksi netizen.