Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi bagi pasangan yang menetap sebumbung bersama mentua. -Gambar hiasan AI
HUBUNGAN antara mentua dan menantu sering menjadi topik hangat yang dikongsikan di media sosial, terutama apabila tinggal sebumbung atas faktor masalah kewangan.Walaupun ada berjaya membina hubungan mesra seperti keluarga sendiri, tidak kurang juga berdepan pelbagai konflik sehingga mewujudkan rasa tidak selesa dan tekanan emosi. Begitulah luahan seorang wanita yang mengakui dirinya semakin tertekan selepas sering dijadikan sasaran setiap kali timbul masalah berkaitan penggunaan barangan di rumah mentuanya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkedu mentua beli kereta daftar atas namanya, sanggup bayar ‘cash’ guna duit KWSP - “Saya ni menantu hantu!”ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mentua ada 3 pembantu rumah, tapi menantu tetap kena masak! Wanita Malaysia tergamam tengok cara hidup biras di Bangladesh"Hinanya lah ek hidup menumpang. Mesin basuh rosak, salahkan menantu. Peti sejuk penuh, salahkan menantu. Sabun habis, salahkan menantu. Padahal dalam rumah ni ada ramai lagi yang guna semua tu."Sekarang aku beli peti sejuk kecil macam dekat hotel dan letak dalam bilik. Puas hati aku. Sabun pun aku beli asing. Rasa macam nak beli mesin basuh pula dan letak dalam bilik," luahnya di Threads.Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk mengubah cara perbelanjaan dan hanya menumpukan kepada keperluan dirinya serta suami.Setiap menantu pasti mengharapkan penerimaan yang ikhlas, bukannya menjadi sasaran tuduhan atau layanan berbeza. -Gambar hiasan AI"Alang-alang dah tak dihargai, aku dah berhenti spent gaji aku untuk mentua."Barang dapur aku beli sekadar cukup dengan duit yang suami bagi setiap bulan. Kalau dah habis, aku tak top-up. Aku beli makanan untuk aku dan suami saja," katanya lagi.Dalam masa sama, wanita berkenaan mengakui dia sukar memahami sikap segelintir mentua yang didakwanya sering bersikap negatif terhadap menantu."Apa sebenarnya yang ada dalam hati dan fikiran mentua?"Kenapa nak dengki, iri hati, cemburu dan fikir negatif terhadap menantu? Susah sangat ke nak buat baik dan ikhlas dengan menantu?" soalnya.Mengakhiri perkongsiannya, wanita itu berharap agar urusannya dipermudahkan dan diberikan rezeki untuk memiliki rumah sendiri supaya dapat keluar daripada situasi yang sedang dihadapinya.Seorang wanita mengaku tertekan kerana sering dipersalahkan ketika tinggal bersama mentua.Dia mendakwa segala masalah berkaitan barangan rumah sering dikaitkan dengannya.Kecewa dengan layanan diterima, dia membeli beberapa keperluan untuk kegunaan sendiri.Wanita itu juga berhenti menggunakan gajinya untuk membantu mentua dan hanya menumpukan keperluan diri serta suami.Dia berharap dapat memiliki rumah sendiri, manakala netizen menyarankan pasangan berkahwin tinggal berasingan jika mampu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Korang tolong doakan urusan saya dipermudahkan dan dapat cepat-cepat keluar, ada rumah sendiri dengan suami," ujarnya.Di ruangan komen, ramai netizen tampil berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berdepan situasi hampir sama ketika tinggal bersama mentua.Malah, ada yang berpendapat pasangan suami isteri sebaiknya berusaha untuk tinggal berasingan sekiranya berkemampuan bagi mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan."Jauh bau bunga, dekat bau tahi. Ingat yang ini sudah."Lari sis! Jaga mental sendiri pula. Dah lama awak jaga perasaan orang dalam rumah tu kan," demikian antara komen netizen.