suria

Keluarga mentua ada 3 pembantu rumah, tapi menantu tetap kena masak! Wanita Malaysia tergamam tengok cara hidup biras di Bangladesh

Wanita Bangladesh menguruskan kerja rumah dengan cukup pantas. -Gambar hiasan AI

HAMPIR 20 tahun berkahwin dengan suami warga Bangladesh memberi peluang kepada wanita ini mengenali lebih dekat adat dan budaya mereka.

Malah peluang menyambut hari raya di kampung halaman suaminya setiap dua tahun sekali mengajarnya tentang erti bersyukur dilahirkan di Malaysia.

Namun kunjungan kali ini sempena Aidilfitri memberi perspektif berbeza apabila dia benar-benar melihat rutin harian yang dilalui birasnya.

Memasak di Bangladesh amat mencabar kerana masih menggunakan dapur kayu. -Gambar hiasan AI

Memasak di Bangladesh amat mencabar kerana masih menggunakan dapur kayu. -Gambar hiasan AI

"Pangkat dia kakak tapi dia lagi muda, dia sembilan tahun lebih muda dari aku dan mungkin jauh lebih tabah dari aku.

"Dalam keluarga suami aku di sana, anak lelaki dan menantu perempuan memang kena duduk serumah mentua," kongsinya.

Katanya, rumah yang didiami pula merupakan dua buah rumah yang disambungkan menjadi satu, dihuni oleh dua keluarga besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bangladesh jadi imam di surau R&R, pemuda Malaysia tersentuh dengar bacaan - “Aku terbayang solat dekat Makkah”

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka Bangladesh nikah wanita tempatan, keluarga mentua sepakat masak beef bhuna! Adik ipar balik kampung awal demi cari kayu api

"Dia je menantu perempuan duduk sana dan rumah lagi sebuah hanya ada anak lelaki tapi tak kahwin lagi.

"Aku baru betul-betul nampak hidup dia. Setiap hari, dia masak untuk 10 orang. Bukan sekali bukan hujung minggu tapi setiap hari," katanya.

Wanita itu mengakui ingin membantu namun berasa kekok kerana perbezaan cara hidup, peralatan dapur serta kaedah memasak menggunakan dapur kayu api, sesuatu yang asing baginya.

"Dia macam biasa, masak, hidang dan kemas. Kemudian dia ulang balik rutin itu tanpa banyak suara," katanya.

  • Wanita berkongsi pengalaman melihat rutin berat birasnya di Bangladesh.
  • Biras memasak setiap hari untuk keluarga besar tanpa henti.
  • Perbezaan budaya membuatkan wanita itu kekok untuk membantu.
  • Dia sedar hadiah diberi tidak setanding pengorbanan biras.
  • Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen.

Kata wanita itu, setiap kali pulang ke Bangladesh, dia sering menghadiahkan barangan seperti losen, syampu atau beg tangan kepada birasnya sebagai tanda penghargaan.

"Baru aku sedar semua benda yang aku bagi itu tak pernah cukup. Tak akan pernah cukup nak dibandingkan dengan tenaga, masa, hidup yang dia bagi setiap hari," katanya.

Jelasnya, keluarga mentuanya dalam kategori berada dan mempunyai tiga pembantu rumah tetapi dari segi budaya menantu tetap perlu memasak.

"Tapi kalau makan mesti menantu juga yang masak. Cuma kalau mentua dah meninggal, menantu tadi pula akan ambil alih tugas mentua untuk jaga rumah termasuk kewangan keluarga," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen khususnya yang mempunyai pengalaman berkahwin dengan warga Bangladesh.

"Saya menantu sulung pun tak dapat nak ikut rentak mereka dari segi masak, kerja apa semua tapi alhamdulillah mentua saya memang cukup bagus tak pernah merungut.

"Pakistan, India dan Bangladesh sekali buat macam lipas kudung sis. Alhamdulillah saya dapat ikut tapi mula-mula dulu memang penat," komen warga maya.

Artikel Lain