SEORANG lelaki warga Singapura berusia 31 tahun mencuri perhatian selepas menukar koleksi kad One Piece miliknya kepada jam mewah serta wang tunai dalam satu urus niaga bernilai tinggi di sebuah pameran kad di Malaysia.Lelaki yang dikenali sebagai HK, bekas pereka dalaman itu kini bergelar peniaga kad sepenuh masa sejak tahun lalu, melakukan pertukaran tersebut pada 1 Mei yang disifatkannya sebagai transaksi terbesar dalam kerjayanya. Dalam urus niaga itu, HK menyerahkan lapan kad One Piece yang dianggarkan bernilai sekitar S$180,000 (RM630,000) dan menerima sebuah jam tangan mewah Patek Philippe bernilai sekitar S$160,000 (RM560,000) serta wang tunai S$20,000 (RM70,000).Secara keseluruhan, nilai transaksi tersebut dianggarkan mencecah kira-kira S$180,000 (RM630,000) dalam bentuk jam mewah dan tambahan wang tunai.Menurut HK, pada awalnya pembeli dari Malaysia itu menawarkan dua pilihan iaitu jam mewah tersebut atau sebuah kereta Ferrari.“Kereta itu memang lebih mahal, tapi saya tak boleh bawa balik dan perlu urus COE, terlalu banyak hal. Jadi saya pilih jam Patek Philippe,” katanya.HK berkata, tambahan wang tunai S$20,000 (RM70,000) diberikan bagi melancarkan urus niaga tersebut, selain beliau memerlukan aliran tunai untuk menggerakkan semula perniagaannya.“Saya perlukan cash flow untuk pusing stok,” katanya yang sudah melabur lebih S$1 juta (RM3.5 juta) dalam bidang itu dan kerap menghadiri pameran kad di seluruh dunia.Walaupun ini dianggap transaksi terbesar pernah dilakukannya, HK memaklumkan ia bukan jualan paling tinggi nilainya apabila sebelum ini dia pernah menjual kad sekitar S$500,000 (RM1.75 juta) secara tunai. -Agensi