SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri pastinya lebih meriah dan bermakna apabila ia diraikan bersama pasangan serta insan yang kita sayang.Namun, lebaran kali ini terasa cukup berat buat personaliti media sosial, Nurin Lofa, 22, memandangkan dia baru sahaja berpisah dengan bekas suaminya pada Januari lalu. Ketika dihubungi mStar, Nurin berkata Aidilfitri kali ini diraikan secara sederhana sahaja bersama putera kesayangannya, Jebat Al Fath yang baru berusia 15 bulan.Kehadiran anak menjadi penguat semangat untuk Nurin."Saya baru sahaja bercerai selepas dua tahun berkahwin. Adik-beradik saya pun akan beraya dengan keluarga masing-masing."Jadi saya akan beraya di Kuantan, Pahang bersama anak dan dua orang bibik. Saya rasa raya kali ini biasa-biasa saja. Nurin baru sahaja berpisah dengan bekas suaminya pada awal tahun ini.Nurin kini bekerja keras demi membesarkan anaknya yang berusia 15 bulan.Dia akan meraikan Aidilfitri bersama anak serta dua pembantu rumah di Kuantan.Nurin juga akui masih trauma untuk berkahwin, namun tidak menolak jodoh pada masa depan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya beli dua pasang baju untuk anak. Walaupun tiada keluarga yang lengkap, saya tetap nak bagi pengalaman raya yang indah untuk anak," ujarnya.Menurut pemengaruh itu lagi, juadah nasi minyak dan ayam merah menjadi menu wajib untuknya setiap kali tibanya sambutan Aidilfitri.ARTIKEL BERKAITAN: Popular di TikTok dengan setengah juta pengikut, gadis menggigil tengok video kematiannya sendiri - “Dia tulis kepala otak saya pecah”ARTIKEL BERKAITAN: Usia 19 tahun, Nurin Lofa beli kereta bayar cash! Upgrade kepada Mercedes, bajet tak lari jauh dengan HondaBercerita mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal, Nurin berkata dia perlu bangkit dan terus kuat demi membesarkan anak tunggalnya."Saya rasa lebih tenang selepas bercerai. Sekarang saya fokus cari duit untuk anak saja. Memang malu digelar janda muda."Tapi saya janda bermaruah. Saya tak bergantung kepada duit sesiapa. Saya berdikari dan berusaha untuk bagi anak rezeki yang halal.Nurin beraya di Kuantan bersama anak dan dua pembantu rumahnya."Memang saya trauma dan tak akan kahwin lagi dalam masa terdekat. Tapi kalau ada jodoh lagi, saya mahukan lelaki yang lebih stabil," ujarnya.Selain sibuk dengan tawaran reviu, Nurin berkata dia juga berniaga ayam penyet sepanjang bulan Ramadan.Akhir bicara, Nurin turut menzahirkan ucapan penghargaan buat pengikutnya yang banyak memberi semangat sepanjang dia berdepan masalah rumah tangga.Pempengaruh ini turut menjalankan perniagaan makanan sepanjang Ramadan lalu."Ramai sangat followers yang ikuti perkembangan dari zaman saya bujang, berkahwin dan bercerai. Terima kasih atas kata-kata semangat mereka."Semoga Allah balas sebagal kebaikan mereka. Kata-kata positif followers banyak memberi kekuatan untuk saya teruskan hidup. "Saya mahu ucapkan Selamat Hari Raya dan harap mereka semua berhati-hati di jalan raya," ujar Nurin yang memiliki 1.9 juta pengikut di TikTok.