suria

Luluh hati isteri dapat tahu suami masih cintakan ‘ex’... Perkahwinan 5 tahun tiada erti, anggap diri bodoh mudah percaya lelaki

Isteri pasti akan terluka apabila suaminya masih menyintai bekas kekasih. -Gambar hiasan AI

SELEPAS lima tahun melayari bahtera rumah tangga, seorang wanita menanggung kekecewaan amat mendalam apabila menyedari dirinya bukanlah individu bertakhta di hati suami.

Lebih memilukan, kebenaran pahit yang terbongkar mendedahkan bahawa suaminya masih mencintai bekas kekasihnya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

"Selepas lima tahun berumah tangga baru tersedar selama ini, rupa-rupanya saya bukan wanita yang suami cintai. 

Gangguan emosi yang dialami wanita akan menyebabkan trauma sehingga mengakibatkan masalah kesihatan dalaman. -Gambar hiasan AI

Gangguan emosi dialami wanita akan menyebabkan trauma sehingga menganggu kesihatan. -Gambar hiasan AI

"Perempuan yang dia cintakan sebenarnya adalah ex (bekas kekasih) dia," luahnya dalam nada kecewa di Threads.

Mengakui ralat dan menyesal, wanita ini turut merasakan dia telah mengalami banyak kerugian termasuklah masa, tenaga selain maruahnya hilang.

"Rasa ralat dan menyesal juga. Sebagai seorang wanita dan isteri, saya sudah rugi masa, tenaga, rugi dara dan rugi zaman muda demi seseorang yang tak cintakan saya.

  • Wanita kecewa sedar suami masih cintakan bekas kekasih.
  • Hakikat pahit terbongkar selepas lima tahun berkahwin.
  • Dakwa bukan wanita yang bertakhta di hati suami.
  • Rasa rugi masa, tenaga dan zaman muda demi perkahwinan.
  • Netizen simpati, anggap ujian berat dalam rumah tangga.

"Entahlah, mungkin saya terlalu benak dan ikhlas tak nampak kebenaran sebelum ini, selepas lima tahun baru sedar," luahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib menimpanya dan menganggap ia sebagai satu ujian sangat berat dalam sesebuah perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kerasnya hati awak” - Gara-gara mengamuk batal ‘photoshoot’ raya, suami ‘spill’ perangai sebenar isteri di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak bagi tapi enggan cerai! Wanita tertekan 4 tahun hidup ‘diikat’ suami biawak hidup

"Saya tahu apa perasaan sis dan fikiran itu mengganggu mental saya bertahun-tahun, jadi saya berhenti kejar dan sayang.

"Kalau dia seorang yang bertanggungjawab, tak perlu harap rasa cinta daripadanya.

"Sejujurnya suami bukan tak boleh lupa cinta pertama tapi dia tak boleh lupakan diri ketika melalui cinta pertama," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain