suria

Nafkah tak bagi tapi enggan cerai! Wanita tertekan 4 tahun hidup ‘diikat’ suami biawak hidup

Kebanyakan wanita memilih penceraian sebagai jalan terakhir apabila mengalami konflik rumah tangga. -Gambar hiasan AI

BUKAN mudah memikul beban seorang diri, lebih-lebih lagi apabila insan yang sepatutnya menjadi pelindung memilih untuk mengabaikan tanggungjawab.

Itulah realiti yang dilalui seorang wanita apabila terpaksa menggalas peranan sebagai ketua keluarga selama hampir empat tahun tanpa sokongan suami.

Bukan sahaja culas dalam memberi nafkah, malah lelaki itu didakwa enggan melepaskannya, sekali gus terus membelenggu wanita berkenaan dalam perkahwinan yang sudah tidak lagi harmoni.

Melalui luahannya, wanita tersebut mengakui dia kini berada di titik akhir dan sedang merancang untuk keluar dari rumah yang mereka diami bersama demi memulakan kehidupan baharu.

Wanita masa kini lebih bekerjaya berbanding suami. -Gambar hiasan

Wanita masa kini lebih berkerjaya berbanding suami. -Gambar hiasan

"Kalau suami tak bagi nafkah hampir empat tahun, 100 peratus saya tanggung semua, boleh ke saya nak lari pindah duduk bilik sewa?

"Saya nak urus cerai tapi saya tak mahu dia duduk serumah dengan saya," luahnya dengan nada kecewa di Thread.

Menurut pengadu, suaminya seolah-olah sengaja 'mengikatnya' dengan enggan melafazkan cerai.

  • Wanita tanggung keluarga hampir empat tahun tanpa nafkah suami.
  • Dakwa suami enggan ceraikan walaupun rumah tangga sudah retak.
  • Terpaksa tanggung sendiri kos proses penceraian di mahkamah.
  • Rancang pindah bilik sewa untuk elak tinggal serumah.
  • Netizen nasihat dapatkan bantuan pejabat agama dan tuntut fasakh.

Malah katanya, dia juga terpaksa menanggung segala kos bagi melakukan proses penceraian di peringkat mahkamah.

"Kalau dia tanggung (kos hidup) tak apalah, ni dia menganggur lepas tu tak mahu ceraikan.

"Nak sulitkan urusan, saya kena tanggung dia lagi dalam proses cerai ni," luahnya sambil menyatakan dia bercadang berpindah ke bilik sewa bagi membolehkan wang digunakan untuk proses penceraian.

Tambahan pula, kontrak perjanjian rumah sewa yang didiami masa kini menggunakan namanya dan segala barang yang di dalamnya adalah hak pengadu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri letih sara keluarga, tiba masa hidup sendiri... Anggap suami biawak hidup dah mati - “Insurans dia aku tak bayar”

ARTIKEL BERKAITAN: Janda kerja bank kutuk suami orang biawak hidup... Diam-diam bawa balik rumah, tolong basuh baju siap 'transfer' duit

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan rasa simpati dan bengang dengan sikap lelaki tersebut yang dianggap sebagai 'biawak hidup'.

Ramai yang menyarankan agar wanita berkenaan segera mendapatkan bantuan guaman dan merujuk kepada pejabat agama bagi proses tuntutan fasakh sekiranya suami masih berdegil.

"Pergi pejabat agama untuk dapatkan nasihat, kalau terus pindah duduk bilik sewa, takut dituduh nusyuz.

"Saya faham perasaan awak, semoga dipermudahkan urusan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain