SEJUK hati mata memandang.Begitulah gambaran yang sesuai diberikan apabila melihat semangat orang ramai pelbagai lapisan masyarakat memenuhi rumah Allah bagi menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Sekeping foto tular yang memaparkan sekumpulan jemaah daripada Generasi Z dan Alpha mengimarahkan masjid membuatkan ramai kagum dan bangga.Gambar tular yang memaparkan sekumpulan anak remaja dan kanak-kanak sedang membaca al-Quran.Kesemua mereka dilihat duduk bersantai sambil membaca al-Quran masing-masing di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur.Menurut individual yang berkongsi foto itu di Thread memaklumkan, kumpulan tersebut dikatakan sering berjaga sepanjang malam bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.Lebih menyentuh hati apabila, ibadah mereka itu dilakukan dengan kerelaan sendiri dan bukanlah paksaan daripada guru mahupun ibu bapa.Gambar tular paparkan remaja dan kanak-kanak hidupkan malam akhir Ramadan di masjid.Generasi Z dan Alpha dipuji luang masa membaca al-Quran.Difahamkan mereka berjaga malam tanpa paksaan sesiapa.Netizen kagum, anggap petanda positif buat generasi masa depan.Perkongsian raih ribuan tanda suka dan jadi inspirasi ramai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Generasi Z dan Alpha berjaga sepanjang malam menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan tanpa paksaan guru mahupun ibu bapa."Insya-Allah, inilah generasi masa depan kita," ujarnya meluahkan rasa kagum ketika berkongsi situasi yang dilihatnya itu.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan reaksi positif dan memuji tindakan anak-anak muda tersebut yang memilih untuk menghabiskan masa di masjid berbanding aktiviti tidak berfaedah di luar.ARTIKEL BERKAITAN: Geram layan tetamu Gen Z, datang beraya ‘demand’ macam-macam... Tuan rumah terus tak jadi hidang pencuci mulutARTIKEL BERKAITAN: “Itu aku tak boleh janji” - Pekerja Gen Z ‘naik tocang’, kurang ajar ditegur jangan masuk kerja lambatMalah, ada yang menyifatkan fenomena ini sebagai satu petanda positif bahawa didikan agama masih menebal dalam jiwa generasi baru walaupun zaman kian mencabar."Anak-anak hebat kerana ibu bapanya hebat, tahniah kepada ibu bapa juga, semoga generasi masa depan kita hebat."Semoga generasi ke bawah adalah generasi yang rajin solat," demikian reaksi netizen.Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat ribuan tanda suka dan dikongsi semula secara meluas, sekali gus mencetuskan inspirasi kepada orang ramai untuk turut sama mengimarahkan masjid.