suria

Raya pun tak pernah tunjuk muka! Empat tahun kahwin, wanita kecewa mentua berat hati ziarah ibu di kampung

Menjaga hubungan baik antara keluarga adalah satu amalan mulia. -Gambar hiasan AI

SETIAP keluarga mempunyai cara tersendiri dalam memelihara ukhuwah, terutamanya apabila melibatkan hubungan antara dua belah pihak selepas ikatan perkahwinan.

Bagi seorang wanita, amalan ziarah-menziarahi dianggap sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga mentua dan keluarga kandungnya sendiri.

Namun dia meluahkan rasa terkilan terhadap sikap bapa mentuanya yang didakwa tidak pernah berkunjung ke rumah keluarganya sejak empat tahun mendirikan rumah tangga.

"Bapa mentua saya tak pernah datang ke rumah mak ayah saya dengan alasan jarak perjalanan yang jauh. Kali terakhir mereka datang ialah masa nikah dan hari perkahwinan je.

Seorang wanita pastinya mahu hubungan baik antara ibu bapa dan keluarga mentua sendiri. -Gambar hiasan AI

"Lepas tu tak pernah datang ke rumah mak ayah saya sampai la sekarang. Mereka tak pernah ziarah walaupun sekadar datang beraya," kongsinya dalam hantaran di Threads.

Wanita itu turut mempersoalkan alasan tersebut memandangkan ahli keluarga lain di sebelah suaminya masih boleh berkunjung ke kawasan kampungnya tanpa masalah.

Malah apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila dia terpaksa melihat riak wajah ibunya yang kelihatan kecewa kerana besannya tidak pernah datang menziarah.

"Saya pernah tengok muka mak saya yang kecewa dengan besan sebab mereka tak pernah datang ke rumah dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Batu nisan pengubat rindu... Ibu tak berganjak dalam hujan, setia di pusara anak lelaki - “Arwah meninggal selepas 47 hari ditidurkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih mentua tak layan mak ayah masa open house, besan lain ‘title’ profesor diajak bergambar - “Panggil buat tak dengar”

"Jarak kampung saya dengan suami lebih kurang dua jam. Suami saya bagi alasan yang mak ayah dia jauh kalau mereka nak datang.

"Padahal sepupu sepapat mereka tinggal dekat dengan kampung saya juga. Pergi jalan mana-mana yang jaraknya lebih jauh boleh pula," ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana tiada kewajipan untuk besan saling berkunjung secara kerap.

  • Wanita terkilan bapa mentua tak pernah ziarah keluarganya sejak empat tahun berkahwin.
  • Alasan jarak dua jam dianggap tidak munasabah kerana keluarga lain masih boleh datang.
  • Lebih menyedihkan apabila melihat ibunya kecewa dengan sikap besan.
  • Suami anggap jarak sebagai penghalang untuk keluarga mentuanya datang berkunjung.
  • Netizen anggap tiada kewajipan besan saling melawat, cukup sekadar bertanya khabar.

"Tak payah kecewa. Tak perlu nak harapkan besan kena melawat besan. Cukup dia datang rumah awak saja. Mak mentua datang rumah saya pun apabila buat akikah anak je.

"Asalkan mereka bertanya khabar sudahlah. Besan sesama besan tak perlulah sampai kena datang rumah selalu. Beritahu mak kirim salam dan bawa je buah tangan setiap kali balik kampung.

"Tak normal kalau nak merajuk apabila besan tak datang. Mak awak ada pergi melawat besan dia tak? Biasa ada kenduri kahwin je jumpa besan ni," komen sesetengah netizen.

Artikel Lain