suria

Ingat harta wakaf! Wanita bengang kereta kesayangan ‘dilenjan’ kakak ipar, langsung tiada usaha beli sendiri

Segelintir individu gemar meminjam kenderaan orang lain secara kerap. -Gambar hiasan AI

MEMILIKI sebuah kenderaan hasil daripada titik peluh dan usaha keras bertahun-tahun dianggap sebagai satu pencapaian peribadi bagi mereka yang kuat berusaha.

Namun, lain pula kisahnya bagi seorang wanita ini apabila kereta yang dibelinya sebelum berkahwin kini seolah-olah menjadi harta perkongsian keluarga mentuanya.

Berkongsi cerita, wanita berkenaan meluahkan rasa terkilan dengan sikap kakak iparnya yang kerap meminjam kenderaannya tanpa rasa bersalah.

"Sebelum kahwin aku memang dah ada sebuah kereta, maksudnya kereta tu tiada kena mengena dengan sesiapa.

Kereta merupakan keperluan masa kini. -Gambar hiasan

Kereta merupakan keperluan masa kini. -Gambar hiasan

"Memang hasil usaha aku sendiri, tapi sekarang kakak ipar aku kerap sangat pinjam dan guna," luahnya di Thread.

Menurutnya, isu bermula apabila bapa mentuanya bertindak menjual kereta yang dimiliki sekali gus menyebabkan kakak dan adik iparnya mula beralih arah kepada kenderaannya.

"Sebelum ini ayah mentua aku ada kereta, mereka selalulah guna kereta tu tapi sekarang dah jual.

"Kereta akulah pula jadi 'mangsa' kakak dengan adik dia, kadang-kadang tak minta izin aku pun. Tapi dia tanya suami aku suruh tanya aku," tambahnya yang terkilan dengan sikap ipar seolah-olah tiada common sense.

  • Wanita terkilan kereta dibeli sebelum kahwin kerap dipinjam keluarga mentua.
  • Dakwa kakak ipar guna kenderaan tanpa minta izin daripadanya.
  • Isu bermula selepas bapa mentua jual kereta keluarga.
  • Tidak berkira jika sekali-sekala, namun kini makin kerap digunakan.
  • Netizen nasihat supaya lebih tegas pertahankan hak sendiri.

Dia mengakui tidak kisah sekiranya penggunaan tersebut jarang-jarang sekali.

Namun malangnya, sejak kebelakangan ini kenderaannya semakin kerap digunakan.

"Aku tak kedekut tapi aku tak suka orang yang tak ada usaha nak majukan diri beli kereta sendiri.

"Mungkin dah terbiasa dan selesa guna harta orang lain," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda resah bapa nak guna nama buat pinjaman beli kereta keluarga... Manis mulut janji kongsi bayar bulanan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang mak ayah berkira... Minta pinjam kereta 'jarang guna', disuruh bayar sewa bulanan - “Orang tua tak hamak duit kau”

Malah katanya, dia tidak akan merungut jika kenderaan itu adalah harta sepencarian bersama suami.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita berkenaan dan menasihatinya agar bertegas demi menjaga hak serta keselamatan kenderaannya di masa hadapan.

"Draw the border, tak tahulah sebab saya susah nak bagi orang akses harta saya sebab bukan mudah kita nak dapat.

"Suruh suami tu jadi tegas, saya pernah juga adik ipar nak pinjam motosikal tapi suami suruh minta daripada saya.

"Kena belajar jadi kedekut dan cakap tidak supaya tak kena pijak kepala," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain