PERUBAHAN bentuk badan seseorang yang terlalu ketara ada kalanya mengundang rasa kurang senang orang sekeliling.Di media sosial, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dengan sikap isterinya yang terlalu obses dengan diet dan senaman sehingga berat badannya susut secara mendadak. Difahamkan, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun dan isterinya kini hanya memiliki berat badan sekitar 39 kilogram."Isteri saya suka berdiet dan bersenam, tapi masalahnya semakin kurus. (Bentuk badan) makin leper dan rata. Saya dah mula hilang selera.Komunikasi penting bagi mengeratkan hubungan bagi pasangan sudah berumah tangga. -Gambar hiasan AI"Dekat rumah dia berpakaian macam orang gaji walaupun hanya terbongkang depan televisyen layan drama selain scrolling telefon," ujarnya.Dalam keluhannya lagi, lelaki itu berkata isterinya juga memilih untuk tidak berhias ketika berada di rumah.Justeru ia menjadi antara punca hubungan mereka sebagai suami isteri semakin hambar."Kata isteri, dia selesa jadi diri sendiri dalam rumah. Apabila suami tak nak sentuh, salahkan suami mati pucuk. ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang selera dengan isteri, merungut tak ‘pasang badan’ selepas beranak - “Tiap-tiap bulan aku bagi RM50”ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ‘selera’ tengok perut buncit isteri hamil, suami pilih langgan pelacur!"Disuruh berhias, dikatanya pula suami jiwa kotor sebab banyak tengok perempuan lain," jelasnya lagi.Apa yang lebih mengelirukan, isterinya akan berhias dan memakai alat solek apabila keluar berbanding ketika berada di rumah.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan pandangan serta nasihat terhadap situasi dilalui pengadu.Lelaki kecewa perubahan fizikal isteri selepas obses diet dan senaman.Berat isteri susut hingga 39kg, suami akui mula hilang selera.Penampilan di rumah tidak terurus, lebih banyak habiskan masa dengan TV dan telefon.Teguran suami disalah tafsir hingga timbul konflik dalam hubungan.Isteri hanya berhias apabila keluar rumah, berbeza ketika di rumah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bawa dia pergi beli baju yang dia nak pakai. Bagi dia makan banyak-banyak biar gemuk."Suruh berhias saja tak jadi apa bang. Mesti mahu ada duit. Bini kurus pun boleh jadi serabai kalau tak melawa guna duit suami."Cuba ingat masa ambil dia jadi isteri. Dalam jagaan keluarga, mak bapa dia jaga elok sebab tu isteri suka. Tapi lepas kahwin, serabai."Maknanya? Laki dia punya salah la. Tak ratukan isteri sampai dah nampak serabut dan serabai," komen beberapa netizen.