suria

Sahur terbantut, remaja lelaki 13 bertakung air mata tengok bungkusan baju raya... Sedih sangat mak ayah lebihkan kakak

Setiap anak mempunyai keinginan masing-masing. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa sedih dan serba salah selepas anak remajanya membangkit isu pilih kasih dalam keluarga.

Ujar wanita itu, remaja lelaki berusia 13 tahun itu secara terbuka mempersoalkan mengapa permintaannya untuk memakai baju Melayu daripada jenama tertentu tidak layak dipenuhi.

Ini kerana si ibu memilih untuk membeli pakaian lebih murah selepas mendengar nasihat suami yang berpendapat anak mereka masih kecil dan tidak perlu mengikut jenama.

Setiap daripada kita inginkan pakaian baharu semasa menyambut Aidilfitri. -Gambar hiasan AI

Setiap daripada kita inginkan pakaian baharu semasa menyambut Aidilfitri. -Gambar hiasan AI

"Bukan nak pilih kasih dekat anak-anak. Hakikatnya anak lelaki saya jarang meminta nak beli apa pun jika dibandingkan anak perempuan.

"Dia nak baju Bulan Bintang tapi ayah dia cakap dia kecil lagi, jangat ikut sangat kehendak anak," katanya yang pergi ke jualan pakaian raya bersama suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta duit raya lebih, siap ungkit tugas mengasuh cucu - “Aku rasa dia jaga sebab upah, bukan sayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 10 tahun tak raya gara-gara bapa ada bini muda, ibu ‘warning’ jangan jumpa mak tiri - “Kau pergi aku haramkan susu aku!”

Kata wanita itu lagi, sebagai isteri dia mendengar sahaja cadangan suami dengan membeli baju Melayu jenama biasa dengan mengikut tema warna keluarga.

"Waktu bangun sahur, dia semangat nak cuba tapi apabila tengok bungkusan terus air mata dia bertakung. Hibanya rasa, kesian sangat.

"Dia cakap... umi, kenapa kami tak dapat baju yang kami nak? Kalau kakak-kakak minta mesti umi beli yang mahal," imbaunya.

Wanita itu mengakui terkesan dengan kata-kata anaknya dan dia mula terfikir sama ada perlu atau tidak dia memenuhi permintaan tersebut.

  • Seorang ibu sedih apabila anak lelaki kecewa tidak mendapat baju raya idaman.
  • Remaja 13 tahun itu menangis selepas melihat baju Melayu yang dibeli tidak seperti diharapkan.
  • Ibu memilih baju lebih murah selepas mengikut nasihat suami.
  • Kata-kata anak membuatkan ibu berasa bersalah dan tersentuh.
  • Kisah itu menarik perhatian netizen dan pengasas Bulan Bintang yang mahu menghadiahkan baju raya.

Malah netizen turut berpandangan wanita itu sepatutnya bersikap lebih adil terhadap anak-anaknya.

"Apa salahnya bagi je dari awal apa yang anak tu nak sebagai ganjaran. Lagi pun dia anak yang baik bukan selalu meminta.

"Kenapa yang kakak dilayankan permintaan? Apabila adik, buat lebih kurang? Hati dia dah terluka," komen warga maya.

Perkongsian itu juga turut menarik perhatian pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi yang berhasrat menghadiahkan baju sepasang Melayu kepada remaja tersebut.

"Akak duduk mana? Saya jemput datang Bulan Bintang berhampiran, saya belanja adik tu baju Bulan Bintang baru. Akak boleh hantar mesej peribadi kepada saya," katanya.

Artikel Lain