SEORANG wanita meluahkan rasa sedih apabila berdepan tekanan daripada ibunya sendiri menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.Kata wanita itu, dia bercadang untuk mengurangkan pemberian wang bulanan kepada ibunya memandangkan sedang berdepan masalah kewangan. Malah dia sendiri juga sedang berjimat hingga belum membeli pakaian raya.Ada sebahagian nenek sanggup menjaga cucu demi menghilangkan rasa sunyi di rumah. -Gambar hiasan AI "Dia menekan-nekan nak duit raya banyak. Sebelum ni aku ada beritahu dia nak kurangkan duit sebab tengah sesak nak bayar hutang kereta."Kemudian dia sindir, katanya kalau aku hantar anak dekat orang lain untuk diasuh, semestinya tak boleh minta kurang," kongsinya.Menjelaskan tentang rungutan ibunya itu, pengadu memaklumkan dia tidak bercadang menghantar anaknya untuk dijaga wanita berkenaan.Namun dia tetap berbuat demikian selepas didesak orang tuanya sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Adik benci tengok abang, kakak ipar bersantai di hari cuti... Ibu umur 70 tahun seharian dikerah jaga cucuARTIKEL BERKAITAN: 24 jam jaga mentua terlantar, suami nak termuntah badan isteri bau orang sakit- "Sedangkan itu mak dia""Aku tak mahu pun hantar anak dekat mak, tapi mak desak sampai beritahu semua orang taman kononnya aku tak bagi dia jaga anak. "Aku ni gaji tak banyak tapi dia minta aku belikan barang raya itu ini. Jadi apabila dia cakap pasal anak, aku rasa dia jaga sebab duit bukan ikhlas atau sayang," katanya lagi.Dia juga meluahkan rasa kecewa apabila ibunya lebih banyak membantu adik-beradik lelaki dalam soal kewangan, sedangkan dia hanya meminta sedikit kelonggaran ketika menghadapi kesempitan."Apabila kena dekat anak laki dia, semua dia bayarkan apabila mereka susah. Aku ni nak minta kurang duit bulanan je dah kena macam tu," katanya.Wanita sedih ditekan ibu minta duit raya lebih walaupun dia sempit kewangan.Terpaksa berjimat hingga belum beli baju raya, tanggung komitmen tinggi.Ibu menyindir apabila dia mahu kurangkan pemberian.Kecewa ibu lebih bantu adik-beradik lelaki.Netizen cadang cari pengasuh lain dan beri ikut kemampuan.Ringkasan ini dijana oleh AI Jelasnya, dia hanya mahukan ibunya faham tentang situasi yang dihadapinya pada ketika ini."Sebelum ni ada rezeki lebih aku akan bagi lebih. Sekarang apabila susah, aku harap mak boleh faham," katanya.Sementara itu, netizen menyarankan agar wanita itu mencari pengasuh bagi mengelak daripada dia terus disindir ibunya."Jangan hantar anak dekat mak, cuba cari pengasuh lain. Mungkin mak tak larat nak jaga cucu."Bagi je berapa yang ada. Kalau dia perli kau minta mak doakan anak mak ni rezeki murah. Dapat duit banyak boleh bagi dekat mak juga," komen warga maya.