suria

Wanita persoal bajet duit raya untuk 13 anak buah, bantah suami nak hulur RM10 seorang - “Anak sendiri pun tak merasa”

Pemberian duit raya sudah menjadi amalan tradisi bagi mereka yang berkemampuan. -Gambar hiasan AI

BAGI segelintir individu, sambutan Aidilfitri pasti tidak lengkap tanpa pemberian duit raya kepada sanak saudara mahupun tetamu yang hadir.

Namun lain pula yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila tradisi yang diamalkan itu bertukar menjadi medan 'perang' dingin antara mereka.

Menurut si isteri, masalah timbul apabila dia mula mempersoalkan tindakan suaminya yang dilihat terlalu pemurah terhadap anak buah, namun mengabaikan kebajikan anak dan isteri sendiri.

"Valid ke gaduh dengan suami sebab duit raya? Adik-beradik suami ada empat orang dan setiap mereka ada tiga anak.

Kanak-kanak pasti berasa gembira apabila menerima duit raya. -Gambar hiasan

Kanak-kanak pasti berasa gembira apabila menerima duit raya. -Gambar hiasan

"Saya dan suami hanya ada seorang anak dan mereka hanya bagi duit raya dekat anak saya RM5," luahnya di Thread.

Beranggapan agihan duit raya tersebut tidak adil, wanita ini seolah-olah menyatakan bahawa anaknya wajar menerima nilai yang lebih kerana merupakan individu tunggal dalam keluarga kecilnya.

Malah dia turut membandingkan jumlah duit raya yang diberikan suaminya kepada setiap anak buah iaitu RM10 untuk seorang.

"Raya setahun sekali je... setiap tahun suami aku bagi RM10 untuk anak-anak buah dia.

  • Wanita persoal suami terlalu pemurah beri duit raya kepada anak buah.
  • Dakwa anak sendiri hanya terima RM5 walaupun anak tunggal.
  • Suami beri RM10 setiap seorang kepada anak buah, enggan kurangkan jumlah.
  • Lebih kecewa apabila dia dan anak tak pernah terima duit raya daripada suami.
  • Netizen nasihat jangan bandingkan, tetapi akui perasaan isteri wajar terasa.

"Jadi, aku minta dia bagi RM5 je tahun ni tapi dia tak mahu," tambahnya yang mengakui sakit hati dan terkilan apabila cadangannya ditolak mentah-mentah oleh suami.

Adunya lagi, sepanjang perkahwinan mereka, dia dan anaknya tidak pernah menerima duit raya daripada suaminya.

Situasi yang berlaku itu sekali gus menggores hatinya selain merasakan dia seolah-olah diabaikan suami sendiri.

"Aku jadi sakit hati sebab mak ayah dan anak buah dia diberi duit raya tapi untuk aku dan anak sendiri langsung tak pernah merasa sesen pun," adunya yang kecewa dengan situasi berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya hati kakak... Adik terharu along berbelanja besar untuk mak ayah sambut raya, langsung tak ajak kongsi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedia RM4,000 duit raya untuk keluarga, tapi nama isteri ‘tercicir’ daripada senarai... Bagi alasan mak ayah dapat lebih

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya menyatakan dia tidak perlu membandingkan agihan duit raya berkenaan.

Tidak kurang juga yang berasa sedih apabila mengetahui dia dan anak tunggal mereka tidak pernah menerima duit raya daripada suami.

"Tiada siapa yang paksa awak bagi duit raya, saya kesiankan awak cuma jadilah orang yang bersyukur.

"Apa yang awak rasa apabila suami tak beri duit raya tu memang valid, isteri mestilah terasa hati tapi tak sesuai kaitkan dengan ipar," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain