SEORANG wanita meraih perhatian warga maya selepas berkongsi luahan hatinya tentang sikap suami yang didakwa kedekut.Dalam hantaran di Thread, dia meluahkan rasa kecil hati kerana suaminya tidak menyediakan duit raya buatnya sempena lebaran tahun ini. "Suami sediakan duit raya sampai RM4,000. Dalam senarai agihan tu, tak ada RM1 pun untuk saya sebagai isteri. Saya teringin juga nak dapat duit raya daripada suami. Kanak-kanak paling teruja untuk menerima duit raya ketika lebaran. -Gambar hiasan AI"Dia bagi alasan, tahun ni nak kena bagi dekat mak ayah lebih sikit. Mak ayah dia dapat paling banyak. Isunya sekarang bukan duit raya. Tapi saya kecil hati. "Saya banyak cover perbelanjaan rumah. Tujuh tahun kahwin, semua hal rumah bahagi sama rata. Sekarang ada (duit) lebih sikit, kenapa tak boleh kongsi dengan saya?" tulisnya.Menurut wanita itu, suaminya mungkin bersikap sedemikian kerana sudah terbiasa dibantu daripada segi kewangan sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.Wanita dedah suaminya sediakan bajet RM4,000 untuk agih duit raya.Namun dia sedih kerana tidak tersenarai sebagai penerima duit raya.Wanita itu mempersoalkan sumbangannya dalam rumah tangga.Netizen minta wanita itu bertegas dan memperjuangkan hak sebagai isteri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tak pernah meminta sebab tahu dia susah. Apa saya nak, saya beli sendiri. Tapi bila tengok senarai duit raya tu, saya kecewa."Suami tak bagi duit bulanan. Saya pernah minta, tapi saya dah tak larat nak minta. Mungkin sebab saya jadi enabler selama ni," tulisnya lagi.Di ruangan komen, ramai kaum Hawa memihak kepada pengadu dan meminta agar dia lebih tegas dalam urusan kewangan rumah tangga.ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya hati kakak... Adik terharu along berbelanja besar untuk mak ayah sambut raya, langsung tak ajak kongsiARTIKEL BERKAITAN: Ibu melenting ditanya simpanan duit raya tahun lepas, rupanya dah licin! Remaja kecewa kes pecah amanah wujud dalam rumahMenurut netizen, suami pengadu mungkin sudah terlalu selesa kerana tidak perlu menanggung perbelanjaan isteri sepanjang perkahwinan mereka."Lepas ni minta dia tanggung semua. Awak jangan contribute sikit pun. Kadang kena kejam untuk ajar lelaki macam ni."Kalau suami mampu sediakan duit raya sampai RM4,000, maknanya perbelanjaan rumah tu tak perlulah dikongsi dengan awak. Biar suami bayarkan yang wajib."Kadang jadi isteri kena didik suami supaya jadi provider. Jangan jadi enabler," tulis beberapa netizen.