suria

Semangat ‘asabiyyah’ kenegerian terlalu kuat, jururawat dakwa pegawai atasan pilih kasih... Bertahun tak dapat cuti raya!

Petugas barisan hadapan sering mengalami kesukaran untuk bercuti pada musim perayaan. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi lumrah bagi petugas barisan hadapan untuk bekerja pada musim perayaan disebabkan tanggungjawab besar yang dipikul.

Namun hak golongan ini juga tidak dinafikan kerana kebiasaannya mereka berpeluang meraikan hari raya mengikut amalan pengagihan dan penggiliran cuti setiap tahun.

Bagaimanapun situasi berbeza dialami individu ini apabila dia mendakwa pemberian cuti raya dibuat secara tidak adil dan berasaskan kenegerian.

Kisahnya itu diceritakan semula adik lelakinya kerana bersimpati dengan nasib si kakak yang bertugas sebagai jururawat.

Ramai yang menjadikan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama untuk pulang beraya. -Gambar hiasan AI

Ramai yang menjadikan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama untuk pulang beraya. -Gambar hiasan AI

"Aku kesian dengan kakak aku yang kerja nurse, dah bertahun-tahun mesti tak dapat raya bersama.

"Tempat kerja dia sangat select, orang Kelantan je dapat cuti sampai seminggu.

"Orang negeri lain ada yang sampai tak cuti. Mereka (pegawai atasan) lebihkan orang mereka sendiri (Kelantan) je," dakwanya di Thread.

Tambah individu itu lagi, situasi tersebut seolah-olah menafikan hak kakitangan dari negeri lain untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran bersama keluarga.

  • Lelaki dakwa kakaknya yang bekerja sebagai jururawat jarang dapat cuti raya.
  • Katanya tempat kerja lebihkan staf dari Kelantan hingga dapat cuti seminggu.
  • Staf dari negeri lain pula ada yang langsung tak dapat cuti.
  • Masalah didakwa berlarutan lebih 10 tahun walaupun kakaknya tukar unit.
  • Pendedahan itu cetus perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun pengadu tidak menyatakan dengan jelas sama ada kakaknya berkhidmat di sektor awam atau swasta.

"Habis tu orang dari negeri lain tak ada keluarga ke? Tak nak beraya juga ke?" soalnya lagi dalam nada kecewa.

Situasi yang sering berlaku terhadap kakaknya yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun itu membuatkan dia beranggapan bahawa terdapat komplot dalam kalangan kakitangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pertahan orang Kelantan, puji pembersih pandai jaga rumah sewa... Berani ‘petik’ geng selatan perangai pengotor

ARTIKEL BERKAITAN: Anak rantau sedih tabiat orang Kelantan di takuk lama... Sampah merata, kedai makan kotor! - “Muka lawa-lawa tapi tandas tak jaga”

"Mereka mungkin dah berkomplot setiap kali raya, ada yang sampai seminggu dapat cuti. Namun jururawat dari negeri lain dapat tiga hingga empat hari je ataupun memang tak ada langsung.

"Kadang-kadang tu dah 10 Syawal baru dapat cuti," dakwanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, pendedahan tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Selain bersetuju dan mendakwa pernah berdepan situasi serupa itu di sektor perkhidmatan awam, ada yang menyelar dakwaannya.

"Seminggu la sangat, dua hari duduk atas jalan sebab hadap jem.

"Kakak kau cerita sekerat je tu, entah-entah dia yang tak mahu balik sebab itulah cakap tak dapat cuti," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain