Wanita hamil mungkin tidak larat untuk menempuh perjalanan panjang sewaktu musim perayaan. -Gambar hiasan AI
MENJELANG sambutan Hari Raya Aidilfitri, lebuh raya di seluruh negara akan dibanjiri dengan jutaan kenderaan yang bergerak pulang ke kampung masing-masing.Namun, seorang lelaki di Thread berkata dia enggan mengambil risiko menempuh perjalanan panjang memandangkan isterinya kini sedang sarat mengandung. Menurut lelaki itu, kampung halamannya terletak jauh di negeri Sabah, manakala isterinya pula merupakan orang Kelantan.Jutaan kenderaan dijangka bergerak ke kampung halaman masing-masing menjelang sambutan Aidilfitri. -Gambar hiasan"Pertama kali aku dengan isteri tak balik kampung untuk beraya. Isteri aku tengah sarat. Memang tidaklah nak hadap kesesakan trafik selama 18 jam ke Kelantan. "Kampung aku pula di Sabah. Memang tak boleh naik kapal terbang. Jadi kami rancang buat kelainan sikit tahun ini. Malam raya kami akan check in hotel."Pagi raya akan solat dekat masjid, lepas tu terus makan buffet hotel. Macam mini staycation raya," kongsi lelaki itu.Suami buat keputusan tidak balik beraya kerana isteri sarat hamil.Kampung suami di Sabah, manakala rumah keluarga isterinya di Kelantan.Lelaki itu akan membawa isterinya menginap di hotel sewaktu hari raya.Ramai netizen puji tindakan lelaki itu yang mementingkan keselesaan isteri.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, dia kini sedang mencari hotel bersesuaian di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya atau Cyberjaya.Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji pengorbanan lelaki itu demi memastikan keselesaan serta keselamatan isterinya."Terima kasih kerana bertimbang rasa. Saya penat baca kisah isteri yang dipaksa balik kampung walaupun sedang sarat mengandung.ARTIKEL BERKAITAN: Raya anak Kelantan! Pelajar UiTM raih jualan RM180,000 anggap Aidilfitri di kampung tak sama di tempat lainARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan ‘melekat’ tak bergerak nak balik Kelantan, lelaki keluar kereta selongkar but... Tengah panas pun sanggup demi anak!"Sebagai orang yang pernah mengandung masa raya, saya rasa tindakan lelaki ini sangat bagus. Manjakan isteri sebelum dia bersalin."Alhamdulillah. Bertuah isteri dapat suami yang memahami. Teringat kawan saya. Dia sarat mengandung, suami balik kampung seorang diri."Tindakan yang bijak. Sekurang-kurangnya terhibur hati isteri walaupun sedih tak dapat balik kampung," tulis beberapa netizen.