SEORANG peniaga dalam talian meluahkan rasa berang selepas mendakwa barang jualannya lesap sebelum sampai ke tangan pembeli.Lebih mengharukan apabila dia turut mendakwa kehilangan itu berpunca daripada pihak syarikat penghantaran. Menurut seorang individu yang berniaga daun palas, perkara tersebut hanya diketahui selepas mendapat notifikasi daripada sistem pengesanan (tracking system) kurier yang menyatakan pembeli enggan menerima barang ditempah.Susulan daripada itu, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada pelanggan tetapnya tentang apa yang sebenarnya berlaku.Notifikasi menyatakan pelanggan enggan menerima barang yang ditempah."Pelanggan ni tak mahu terima barang yang dia tempah, saya pun tanya kenapa dia tak ambil."Dia selalu beli daun palas dengan saya sebab isterinya buat ketupat frozen."Kebetulan yang terbaharu dia tempah banyak buat stok bulan puasa, tapi lain pula jadinya," luahnya di Facebook.Peniaga berang barang jualan daun palas hilang ketika penghantaran.Pelanggan tolak bungkusan selepas dapati isinya bukan daun palas.Dakwa bungkusan diganti dengan kon jalan.Kecewa sikap pekerja kurier yang dianggap tidak bertanggungjawab.Netizen turut kongsi pengalaman jadi mangsa masalah kurier.Ringkasan ini dijana oleh AIMengakui kecewa, pengadu berkata tindakan menukar daun palas dengan sebuah kon plastik meruapakan perkara yang sangat mengundang kemarahan kerana dia terpaksa melalui banyak proses untuk mendapatkan ganti rugi.Katanya, pihak kurier sepatutnya menyatakan barang yang dihantar hilang supaya dia boleh membuat tuntutan ganti rugi dengan lebih mudah."Aku akan siasat sampai lubang cacing, daun palas aku hampa tukar jadi kon jalan.ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal tempah makanan daripada saudara sendiri, pandai-pandai tampal pelekat bisnes... Paling geram mengaku ‘sponsor’ semua!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak mahu terima minuman dihantar ‘rider’ OKU bisu, nak buat tempahan baru! - “Saya suruh hantar balik tapi dia tak faham”"Buat kerja tak fikir kerugian orang lain, peniaga pun sama juga cari rezeki, tak berkat gaji yang dapat kalau aniaya orang macam ni."Kalau update cakap hilang, senang kerja aku nak claim kerugian yang berlaku tapi situasi yang terjadi ni akan menyebabkan banyak kerja kena buat," adunya dalam loghat utara.Dalam pada itu, dia turut meluahkan kehairanan dengan servis perkhidmatan kurier terbabit yang disifatkan semakin bermasalah dan menyusahkan pengirim.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk mereka yang pernah menjadi 'mangsa' pekerja syarikat kurier.