SEORANG wanita bukan Islam dihujani pujian netizen selepas tular rakamannya yang sedang membayar zakat di Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya, Selangor.Ketika dihubungi mStar, Canny Lock, 35, berkata dia tidak menyangka video yang dirakam pada Rabu lalu itu menerima lebih 1.3 juta tontonan. "Kebetulan saya lalu, ada meja ustaz untuk orang bayar zakat. Jadi saya tanya, boleh ke orang bukan Islam nak bayar zakat?Canny berkata dia sentiasa terbuka untuk mengenali agama Islam. "Ustaz kata orang bukan Islam tak wajib bayar. Namun duit yang dibayar tetap diterima dan dianggap sebagai sumbangan atau sedekah."Saya tak sangka video [Tonton Video] itu viral. Tapi saya bersyukur sebab ramai orang beri komen positif," ujar usahawan berbangsa Cina itu.Menurut Canny, dia turut dihujani komen netizen yang menyangka sudah memeluk Islam.Video seorang wanita Cina bayar zakat tular di aplikasi TikTok.Wanita dikenali sebagai Canny Ong itu menerima pujian netizen.Dia juga memaklumkan dirinya bukanlah seorang mualaf.Ulama sependapat zakat tidak wajib ke atas orang bukan Islam.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, ada sebahagiannya pula mendoakan agar wanita itu diberi hidayah untuk memeluk Islam suatu hari nnti."Saya bukan seorang mualaf. Ada juga netizen doakan saya peluk agama yang baik ini. Saya faham. Tapi saya mohon janganlah terlalu mendesak."Saya kena belajar dulu dan fahamkan betul-betul sebelum buat keputusan. Saya ni memang suka membaca dan mengenali agama.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda terkedu juruwang ‘aunty’ Cina boleh baca isi hati... Tegur tersembunyi sesuatu di sebalik senyumanARTIKEL BERKAITAN: “Maaf saya menangis” - Pemuda Cina pertama kali tengok ibadah korban gagal tahan sebak, puas hati dapat belajar ilmu baharu"Tapi nak peluk Islam ni kita kena betul-betul faham dan ada keikhlasan," ujar wanita yang belum mendirikan rumah tangga itu.Tambah Canny, dia juga pernah mencuba untuk berpuasa dan kerap menggayakan busana tradisional Melayu seperti baju kurung dalam video tular itu.Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri, berkata para ulama sependapat bahawa zakat tidak wajib ke atas bukan Muslim kerana ia adalah rukun Islam yang paling utama.Zakat hanya diwajibkan ke atas seorang Islam dewasa yang berakal, merdeka dan memiliki kekayaan dalam jumlah tertentu dengan syarat tertentu.