Suami perlu tahu menjaga perasaan isteri yang sudah berusaha menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan AI
PANTANG silap sikit, memang 'berbuka' dengan makian!Itu yang dialami oleh seorang wanita ini yang tidak mampu lagi membendung rasa kesal menyaksikan sendiri ibunya diperlakukan dengan kasar oleh bapanya. Kemarahan bapanya boleh meluap-luap hanya kerana juadah terhidang di atas meja tidak menepati selera sehingga tergamak menghamburkan kata-kata nista terhadap ibunya.Apa lebih merentap hati, perkara itu dilakukan di hadapan rezeki dan ahli keluarga lain yang membantutkan selera ketika berbuka puasa."Ayah marahkan mak sebab tidak ada lauk yang dia mahu untuk berbuka puasa walaupun sebelum itu mak sudah tanya ayah mahu makan apa.Suami sepatutnya membantu isteri sediakan makanan berbuka puasa. -Gambar hiasan AI"Ayah cakap beli la apa-apa pun. Mak pun terus hidupkan kereta pergi keluar beli makanan untuk ayah."Eh boleh pula dia pertikai cakap 'kureng' (kurang sedap) la, tak kena dengan tekak dia la," luah individu berkenaan di Threads.Situasi itu membuatkan dia geram kerana ibunya sudah berusaha memenuhi permintaan bapanya walaupun dalam keadaan penat selepas bekerja."Kenapa ayah tak pergi tengok dan beli sendiri lauk apa yang dia nak? Asyik salahkan mak. Mak saya sudah la kepenatan baru balik kerja.ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja sedih pelanggan seagama mengamuk gara-gara satu juadah berbuka lambat sampai - “Sampai hati marah, kami pun belum makan”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dimarahi suami, dituduh tak amanah pandai-pandai ambil duit tabung basikal anak - “Saya beli lauk berbuka keluarga”"Ayah pula duduk di rumah jer. Apa fungsi ayah dalam rumah sebenarnya?," ujarnya dalam hantaran tersebut.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada di antara mereka berkongsi pengalaman serupa dalam keluarga masing-masing.Ada juga berpendapat sikap ditunjukkan oleh sang ayah juga boleh 'menurun' terutamanya kepada anak lelaki apabila mereka dewasa kelak."Ramai yang perangai macam ini. Mujur arwah bapa saya tidak seperti ini. Ada juga pertikai tapi itu pun habis nasi dua pinggan!"Sakit betul hati baca komen dalam ini fasal bapa masing-masing. Tidak hairan ramai lelaki berperangai 'hauk'. Mesti menurun daripada bapanya," antara komen netizen. Wanita terkilan apabila ibunya dimarahi hanya kerana lauk berbuka tidak menepati selera.Walaupun sudah bertanya terlebih dahulu, bapanya sekadar menyuruh membeli apa sahaja.Ibu yang baru pulang dari tempat kerja kemudian keluar membeli makanan untuk berbuka.Namun ketika makan, bapanya tetap mengkritik hidangan tersebut.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman serupa.Ringkasan ini dijana oleh AIPenjelasan mengenai tugas isteri menyediakan makanan untuk suamiPenceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tanggungjawab menyediakan makanan sebenarnya terletak pada suami sebagai pihak yang wajib memberi nafkah makan kepada isteri.Namun sekiranya suami meminta isterinya memasak dan segala kelengkapan telah disediakan, maka isteri juga perlu melaksanakan perkara tersebut.Bagaimanapun, jelas Azhar, soal kesalahan bergantung kepada situasi tertentu, terutama jika isteri langsung tidak mengambil peduli mengenai makan dan keperluan suami. Dalam keadaan itu, sikap berkenaan turut dianggap sebagai kesalahan di pihak isteri.