DALAM dunia internet hari ini, memang ada segelintir individu yang menyamar dengan menggunakan identiti orang lain.Di Threads, seorang pemuda tular selepas berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa penyamaran seorang wanita bertubuh gempal. Menurut lelaki itu, dia terkejut sewaktu perjumpaan pertama mereka apabila wajah sebenar wanita tersebut langsung tidak sama dengan foto diberikan.Segelintir wanita bertubuh gempal kurang keyakinan diri untuk berkenalan dengan lelaki. -Gambar hiasan AI"Aku kena catfish. Dekat gambar lain, tapi bila jumpa, dia hitam, gemuk dan berkerak. Bau stokin basah simpan dalam kasut."Tapi aku gentleman, tetap jemput dia masuk kereta. Aku tanya nak makan apa, dia kata mengidam ikan bakar," tulisnya memulakan cerita.Sewaktu memandu, pemuda itu berkata dia terpaksa menggunakan helah dengan meminta bantuan rakannya agar dapat melepaskan diri daripada situasi berkenaan.Pemuda kongsi kisah kena 'catfish' dengan seorang wanita bertubuh gempal.Wanita itu menggunakan gambar orang lain sewaktu berkenalan dalam talian.Pemuda itu kecewa dan terpaksa menggunakan helah untuk melarikan diri.Dakwa pemuda itu, wanita tersebut tetap meminta duit walaupun sudah kantoi menipu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sewaktu memandu, aku WhatsApp kawan aku, suruh dia call kata ada kecemasan. Aku pun buat-buat terpaksa batalkan date."Sebelum keluar kereta, dia minta duit sikit untuk buat makan. Memang aku tak bagi. Dia keluar kereta je, aku terus block," tulis pemuda itu lagi.Di ruangan komen, beberapa pelayar Threads berkata mereka juga pernah tertipu dan menjadi 'catfish' di media sosial serta aplikasi cari jodoh.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis TikTok ‘catfish’ pemuda guna gambar AI, kecewa apabila jumpa depan-depan - “Di luar dia pendek dan tak putih”ARTIKEL BERKAITAN: Lepas tiga tahun dilamun cinta, lelaki lantik penyiasat persendirian selidik kekasih... Hasil risikan dapati individu tak wujud!"Aku pun pernah kena, dapat yang gemuk. Aku tanya, kenapa muka tak sama dengan gambar? Dia kata dalam gambar lighting cantik dan sekarang dah berisi."Tak salah pun kalau gemuk atau hitam. Tapi kenalah jujur dan guna gambar sebenar. Kalau beli barang pun, mestilah kita nak yang sama macam dalam iklan."Memang ramai yang jenis suka guna filter gambar, kemudian guna aplikasi sunting wajah," tulis beberapa netizen.