HATI anak mana yang tidak risau apabila mengetahui si ayah sanggup menyerahkan wang berpuluh ribu ringgit kepada wanita yang hanya dikenali menerusi laman sosial.Lebih membimbangkan apabila si ayah yang seolah-olah 'mabuk bercinta' turut meluahkan hasrat untuk mengahwini wanita berkenaan meskipun belum bersua muka dan mengesahkan identiti diri. "Ayah aku dah bagi RM28,000 pada penipu tu, tinggal RM2,000 je lagi nak cukup RM30,000.Setiap anak pasti akan berasa bimbang apabila mengetahui ayahnya ditipu. -Gambar hiasan AI"Sekarang bukan setakat tak percaya kami anak-anak tapi siap nak berkahwin dengan perempuan tu," luahnya di Thread.Mengakui bimbang dengan situasi yang berlaku, dia mengambil keputusan untuk menyiasat identiti wanita terbabit menerusi sistem myIDENTITY.Namun malangnya, tiada rekod rasmi ditemukan berkaitan nombor kad pengenalan yang diberikan untuk pendaftaran pernikahan.Seorang anak mendakwa ayahnya menyerahkan RM28,000 kepada wanita yang dikenali di laman sosial.Si ayah mahu mengahwini wanita itu meskipun belum pernah bersua muka.Nasihat anak-anak tidak dipercayai, manakala identiti wanita berkenaan diragui.Maklumat MyKad didakwa tiada dalam myIDENTITY walaupun kononnya sudah didaftarkan untuk urusan pernikahan.Netizen bimbang kemungkinan ‘love scam’, malah ada berkongsi pengalaman kerugian RM50,000.Ringkasan ini dijana oleh AI"MyKad dia tak jumpa dalam myIDENTITY, tapi katanya pejabat agama dah daftarkan dia sebagai bakal isteri ayah aku."Macam mana boleh jadi? Bukan ke sepatutnya kalau masuk dalam sistem pejabat agama, MyKad dia tak lepas atau akan keluar perincian seperti janda mahupun isteri orang," ajunya yang kehairanan dengan pendaftaran dilakukan.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan kebimbangan sekiranya wanita yang dinyatakan itu adalah penipu.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 'sedap' nikah janda muda... Suruh anak-anak sara bini baharu dan 'berderet' adik tiri - "Kadang-kadang RM3,000 pun tak cukup"ARTIKEL BERKAITAN: Bapa makin 'menjadi-jadi' di hujung usia! 6 kali kahwin janda, simpanan hampir 'kering' - "Dulu abah kuat agama"Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman pernah ditipu dengan sindiket yang dikenali sebagai 'love scam' sehingga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit."Kes macam ni memang kena pada orang-orang tua yang gatal, mereka main 'transfer' je sebab terpedaya dengan janji manis perempuan tu."Cuba bayangkan yang disayang-sayang tu rupanya lelaki."Love scam ni, saya pernah kena penghujung tahun 2024, melayang juga RM50,000," demikian reaksi netizen.