Dalam situasi tertentu anak-anak terpaksa menerima keputusan bapa sebagai tanda hormat. -Gambar hiasan AI
SETELAH kehilangan ibu tercinta, seorang wanita berkongsi kepayahan dialami apabila bapanya memutuskan untuk berkahwin dengan seorang janda muda yang mempunyai ramai anak.Menerusi satu luahan di media sosial, wanita itu berkata dia dan adik beradiknya pada mulanya cuba menghalang perkahwinan tersebut kerana bimbang memikirkan kemampuan kewangan bapa mereka. Menurutnya, bapanya tidak mempunyai pendapatan tetap manakala bakal isteri merupakan seorang janda muda yang masih mempunyai anak kecil yang perlu ditanggung."Bapa saya ni minta dengan anak-anak nak kahwin lagi. Soalnya, yang dia nak tu pun janda anak ramai. Masih kecil lagi. Kami adik beradik menghalang sebab bapa saya ni tak ada pendapatan.Berbincang untuk mencapai kata sepakat penting bagi mengelakkan sebarang konflik dalam keluarga. -Gambar hiasan AI"Janda tu pula masih muda. Akhirnya kami semua rela sajalah (benarkan bapa berkahwin). Apa boleh buat, nanti dia kata derhaka pula," luahnya dalam hantaran di Facebook.Namun, selepas perkahwinan, kebimbangan anak-anak menjadi kenyataan apabila masalah melibatkan wang mula timbul.Wanita itu mendakwa ibu tirinya kerap meminta bapanya memohon bantuan kewangan daripada anak-anak, memandangkan dia tahu kesemua mereka mempunyai perniagaan sendiri."Janda tu tahu kami adik beradik ni berduit jugalah juga sebab semua ada bisnes. Tapi kami pun ada tanggungjawab juga sebab dah berkeluarga. “Setiap bulan mak tiri akan gunakan ayah untuk minta duit daripada kami. Kadang-kadang sampai RM3,000 pun tak cukup,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 tahun hidup solo, bapa minta kahwin lagi siap nak buat majlis tunang! Anak bagi ‘green light’ tapi ada pesanan untuk bakal ibu tiriARTIKEL BERKAITAN: Guru terkejut murid sampaikan hajat bapa ajak kahwin, simpati nasib isteri - “Perangai miang macam monyet”Tambahnya, selepas lama menanggung beban tersebut, mereka akhirnya sepakat untuk berhenti memberi bantuan secara tetap kerana masing-masing sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen sendiri.Bagaimanapun, dia kini dihimpit rasa bersalah dan tertanya-tanya sama ada tindakan itu menjadikan mereka anak derhaka.Anak bimbang apabila bapa kahwin janda muda anak ramai tanpa sumber pendapatan.Mereka awalnya bantah tetapi akhirnya terpaksa setuju kerana takut dianggap derhaka.Selepas kahwin, ibu tiri kerap minta bantuan sehingga RM3,000 sebulan.Anak-anak sepakat berhenti bantu kerana masing-masing ada tanggungjawab sendiri.Anak bertanya adakah mereka derhaka, namun majoriti netizen menyokong mereka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Soalnya saya nak tanya adakah kami sebagai anak ni derhaka pada orang tua kami," luahnya.Perkongsian itu menarik perhatian ramai, dengan kebanyakan netizen menyokong keputusan wanita tersebut yang mahu berhenti daripada memberi bantuan kepada bapanya."Sekarang bapa awak la kena sara janda dan anak-anak mereka. Awak cuma bagi duit belanja untuk bapa awak setakat yang mampu. Nak lebih-lebih suruh bapa cari duit."Tidak berdosa sebab anak-anak dan ibu tiri bukan tanggungjawab awak apatah lagi kalian adik beradik. Nak bagi sebagai ihsan boleh. Jangan sampai rasa terbeban."Bukan wajib pun kau tanggung mereka. Bapa kenyang kena sara. Kau bagi tu ihsan je. Lain la kalau bapa kau sorang dah tak larat nak buat kerja, okay la juga tanggung dia seorang," komen beberapa netizen.