suria

Lepas jatuh terduduk, satu kelas gelak mengejek! Wanita digesa campur tangan kes kawan anak tarik kerusi

Kes buli pelajar di sekolah akan terus berleluasa jika tidak dibendung. -Gambar hiasan AI

SEJAK bemulanya sesi persekolahan awal Januari lalu, pelbagai kisah dikongsikan ibu bapa mengenai anak masing-masing di media sosial.

Terbaharu, seorang ibu meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila anak perempuannya didakwa menjadi mangsa kenakalan rakan sekelas yang disifatkan berbahaya serta menjatuhkan emosi kanak-kanak itu.

Menurut ibu berkenaan, anaknya jatuh terduduk di lantai gara-gara kerusinya ditarik pelaku.

Kes buli di sekolah boleh menyebabkan mangsa hilang semangat untuk belajar. -Gambar hiasan AI

"Tak tahu macam mana lagi seorang mak nak positif apabila anak mengadu yang dia nak duduk, kemudian kawan tarik kerusi dan dia jatuh terduduk dekat lantai.

"Anak saya cakap sakit lepas tu ada yang ejek dengan cakap padan muka. Kenapa? Apa salah anak saya. Kalau betul anak saya bersalah, jangan macam ni boleh tak?

"Lagi-lagi masa tarik kerusi tu, tahu tak sangat-sangat bahaya. Saya sebagai ibu ni sedih tau sampai menangis fikirkan anak," katanya dalam hantaran di Threads.

Tidak terhenti di situ, anak wanita itu juga mengadu beg sekolahnya diletakkan berhampiran tong sampah oleh rakan sekelas tanpa sebab yang jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan tarik kerusi, anak sukar bangun lepas jatuh terduduk! Mak ayah pelaku membisu, langsung tak nampak bayang

ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan kasar tarik kerusi bawa padah, murid istimewa patah tulang belakang! Ibu tak sanggup dengar anak asyik menangis

"Normal ke benda ni? Pastinya tak, kan? Apabila tanya kakak buat (usik) kawan ke? Anak saya cakap tak. Kadang kita ni tak nak la asyik nak menangkan anak je. Takut punca daripada anak kita sendiri.

"Tapi anak kau sampai rasa tak seronok pergi sekolah. Padahal masa awal, dia berlari naik tangga sekolah sebab tak sabar nak beratur masuk kelas," keluh si ibu lagi.

“Kenapa? Apa salah anak saya? Kalau anak saya ada buat salah, tegur elok-elok tapi jangan sampai tarik kerusi. Itu sangat berbahaya,” luahnya.

Luahan tersebut turut mengundang reaksi netizen yang rata-rata menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak berkenaan.

  • Seorang ibu bimbang apabila anaknya tidak lagi seronok ke sekolah.
  • Kanak-kanak itu didakwa ditarik kerusi hingga terjatuh dan diejek rakan.
  • Beg sekolah mangsa turut diletakkan berhampiran tong sampah.
  • Kejadian berkenaan menjejaskan emosi anak yang sebelum ini teruja ke sekolah.
  • Netizen gesa ibu lapor kepada pihak sekolah, siasatan guru kelas sedang dijalankan.

"Tak payah positif. Jumpa cikgu dan guru besar. Kalau perlu, buat pemeriksaan kesihatan dan lapor polis. Bawa kes ke kementerian. Isu tarik kerusi boleh sampai lumpuh.

"Hati-hati ya puan. Dulu masa sekolah rendah, saya ada kawan yang bergurau dengan kawan tarik kerusi. Nak dijadikan cerita, kawan tu jatuh terhentak ke lantai.

"Tulang belakang dia retak dan dimasukkan ke wad. Bahaya sangat untuk anak puan. Minta lapor pada guru kelas dan tengok anak-anak," komen beberapa netizen.

Difahamkan, guru kelas terlibat akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut selepas dimaklumkan kejadian oleh ibu mangsa.

Artikel Lain