Hubungan sosial yang baik di pejabat penting demi meningkatkan kepuasan kerja serta produktiviti. -Gambar hiasan AI
ADAB dan kebersihan diri merupakan aspek paling penting dalam kehidupan, terutama mereka yang sudah akil baligh.Di Thread, seorang lelaki tampil berkongsi pengalaman bekerja dengan seorang rakan wanita yang mempunyai masalah bau busuk sehingga mengganggu keselesaan rakan sepejabat. "Bau dia satu pejabat boleh hidu, kalau ditegur dia sentap pula," adunya yang tidak tahan dengan situasi tersebut.Segelintir individu sering menjadi mangsa gosip di pejabat. -Gambar hiasanDakwa lelaki itu, masalah bau yang dialami rakannya berpunca daripada cara penjagaan bahagian kemaluan yang salah.Malah dia beranggapan wanita tersebut terus menyarung seluar dalam tanpa memastikan alat sulit kering terlebih dahulu."Pastikan 'bunga orked' bersih sebelum sarung panties, pastikan kering dan jangan basah-basar terus sarung.ARTIKEL BERKAITAN: Senior busuk hati ajak satu pejabat ‘pulau’ pekerja wanita baharu, tercabar ‘saham’ jatuh... Tak sedar diri dah bersuami!ARTIKEL BERKAITAN: Hibanya urus jenazah pesakit HIV, guna banyak kapas elak air kudis kena kain kapan... Keluarga tak ziarah, rakan tengok dari jauh"Aku yang lelaki ni pun tahu cara nak jaga 'benda' tu walaupun aku tak ada. Tolong ya, bukan nak mengaibkan tapi kesian dekat awak jadi bahan umpatan."Muka tak cantik, tak apa dik... boleh make-up tapi kalau bawa aroma 'sardin masam' dalam pejabat, susah nak cover dik.Lelaki mengadu rakan wanita berbau kuat sampai ganggu satu pejabat.Dakwa berpunca daripada cara jaga alat sulit yang salah.Bau dikatakan “melekat” di kerusi dan tempat duduk.Hantaran undang pelbagai reaksi netizen.Ramai syak mungkin ada penyakit, disaran jumpa doktor.Ringkasan ini dijana oleh AI"Awak dah lali, sebab itulah tak hidu apa-apa," ujarnya sambil menyeru golongan wanita untuk menjaga kebersihan bahagian kemaluan.Ia berikutan bau tersebut disifatkan sentiasa 'melekat' walau ke mana sahaja wanita tersebut berada.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya beranggapan individu yang mempunyai masalah bau busuk tersebut berpenyakit.Reaksi netizen."Mungkin dia ada sakit, suruh dia jumpa doktor takut ada jangkitan kuman sebab tak semua wanita ada ilmu berkaitan ni."Pernah terjadi di pejabat, bau dia sangat kuat dan melekat di kerusi. Saya tegur sebab nak elak dia jadi bahan umpatan."Aku yang perempuan pun tak tahu baunya macam mana kecuali bau hancing," demikian reaksi netizen.