TINDAKAN berani seorang gadis merakam dan menyergah penumpang bas lelaki yang didakwa membuat gangguan seksual terhadapnya, mendapat perhatian warga maya.Berdasarkan video tular, pelaku yang duduk di bahagian belakang cuba menghalang wajahnya daripada dirakam sambil menyatakan permohonan maaf. Dikongsikan seorang pemilik akaun Thread, dia memberitahu mangsa adalah adik perempuannya berusia 24 tahun yang ketika itu dalam perjalanan dari Pekan, Pahang ke sebuah universiti di utara tanah air.Bas ekspres menjadi pilihan segelintir individu apabila perlu melakukan perjalanan jauh. -Gambar hiasan AI"Tolong saya cari maklumat lelaki tak guna ni, dia menumpang bas dari Simpang Pulai (Perak) ke Butterworth (Pulau Pinang)."Dia dah cabul adik saya atas bas, minta tolong sangat kenalan atau sesiapa yang mengenali dia (pelaku) ni."Orang dalam bas ramai, tapi masing-masing mamai pukul 5 pagi. Pelaku buat kerja tak senonoh," luahnya di Thread.Tambah wanita ini lagi, selepas membuat rakaman video, adiknya terus melaporkan kejadian kepada pemandu bas.ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun hadap gangguan seksual, gadis dedah mesej lucah dikirim kekasih ibu... Buntu dihalang buat ‘report’ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tunggang ‘Ysuku’ menyamar polis minta layanan seksual, siap paksa mangsa ‘follow’ akaun TikTokSusulan itu, bas diberhentikan dan pelaku diarah untuk turun serta merta.Dalam hantaran seterusnya, dia turut memaklumkan adiknya sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.Ketika dihubungi mStar, dia yang ingin dikenali sebagai Eiya berkata, pelaku terbabit didakwa merayu pemandu bas dan meminta ditumpangkan dari Simpang Pulai."Pakcik pemandu bas tak bagi pada awalnya, tapi atas ihsan, pakcik tu pun bagi naik dan dia terus duduk di kerusi belakang adik saya.Gadis rakam dan sergah lelaki cabul dalam bas.Kejadian menimpa adiknya, 24 tahun, jam 5 pagi.Pelaku naik dari Simpang Pulai ke Butterworth.Bas berhenti, pelaku diarahkan turun, laporan polis dibuat.Adik terkilan, dakwa penumpang lain tak bantu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Adik saya memang set jam nak bangun pukul 5 pagi untuk buat ulangkaji sedikit sebab dia ada exam pada Jumaat. "Tiba-tiba, dia tersedar sebab dengar orang macam berbisik dekat telinga dia, semasa terjaga tu dia rasa tak selesa di bawah punggung."Kebetulan dia tengah cari EarPod dan dalam masa sama terasa macam orang belakang tendang-tendang kerusi dia," ujarnya menceritakan situasi berlaku.Tambah Eiya, adiknya hanya menyedari kehadiran tangan pelaku selepas mengalihkan punggung kerana ingin menegur tindakan penumpang di belakang yang pada mulanya dianggap menendang kerusi.Gangguan seksual boleh mengakibatkan mangsa mengalami trauma. -Gambar hiasanSusulan daripada itu, adiknya terus menjerit ke arah pelaku."Pelaku cakap... minta maaf, dah dah. Adik pun tak fikir apa terus capai telefon untuk rekod dan pelaku terus tukar tempat duduk lain."Adik saya jalan ke depan beritahu co-driver dan berlaku kekecohan di belakang. "Tapi adik tak sedar bila pemandu berhentikan bas dan pemandu memarahi pelaku, terus disuruh turun," tambahnya.Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.Dalam pada itu Eiya menyatakan, adiknya turut meluahkan rasa kesal kerana tiada penumpang yang datang membantu.Malah dakwanya, penumpang yang lain seolah-olah tidak berpuas hati apabila bas berhenti disebabkan berlakunya insiden tersebut."Adik saya rasa sangat kecewa, semua penumpang dalam bas tak tolong dia."Semua buat muka tak puas hati apabila bas berhenti kerana kes ni. Mungkin mereka rasa macam mengganggu perjalanan mereka," ujarnya yang turut berharap rakyat Malaysia lebih cakna tentang isu gangguan seksual.Di ruangan komen turut kelihatan beberapa hantaran warga maya mendakwa pernah menjadi mangsa pelaku yang sama.