SEORANG penerbit rancangan hiburan terkenal di Seoul, Korea Selatan kini berada dalam radar pemantauan selepas didakwa atas tuduhan gangguan seksual terhadap seorang staf junior.Menurut Pejabat Pendakwa Raya Daerah Barat Seoul, pertuduhan tanpa penahanan difailkan pada 24 Februari 2026 berikutan kejadian pada Ogos tahun lalu semasa majlis syarikat di Sangam-dong. Penerbit yang dikenali sebagai ‘A’ didakwa melakukan sentuhan fizikal, termasuk meletakkan tangan di bahu staf junior dan mengurut lehernya ketika bergerak antara lokasi serta dalam perjalanan pulang.A didakwa telah melakukan sentuhan fizikal yang tidak diingini kepada mangsa.Peguam mangsa, Lee Eun Eui menjelaskan mangsa pada awalnya berasa gembira, namun berubah menjadi tidak selesa akibat kejadian itu.Lee turut menekankan kesan negatif liputan media terhadap mangsa dengan menjelaskan bahawa ‘A’ didakwa mengganggu anak guamnya dan dikeluarkan daripada pasukan. Bagaimanapun naratif media menuding jari kepada mangsa sebagai pihak bermasalah selepas mangsa membuat laporan dan dinafikan oleh ‘A’.Sebelum ini, pihak polis dikatakan menolak kes jenayah seksual itu walaupun terdapat bukti. ARTIKEL BERKAITAN: Nama Azar Azmi kena petik, didakwa scam RM300,000… Ramai mangsa tengah cariARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa pelakon veteran gagal bayar sewa selama dua tahun…”Dia ingat ini rumah kebajikan kot”Rayuan mangsa juga tidak mendapat maklum balas susulan peletakan jawatan pegawai penyiasat kes tersebut. Selepas siasatan tambahan, ‘A’ akhirnya didakwa tanpa penahanan. Ini kerana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa cuba mengelakkan diri daripada berlaku sebarang sentuhan yang cuba dilakukan oleh penerbit tersebut. Lee menambah, walaupun mangsa mengalami trauma, namun anak guamnya itu berterima kasih kepada pihak pendakwaan kerana membuat keputusan adil berdasarkan bukti dan prinsip undang-undang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube