EMPAT Undang Negeri Sembilan dan Tunku Besar Tampin membantah keras tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta mahu keputusan itu ditarik balik.Mereka menerusi sepucuk surat yang dihantar oleh sebuah firma guaman kepada Speaker DUN, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman, mendakwa keputusan itu dibuat tanpa sebarang persetujuan yang dimohon daripada pemimpin adat sebagai pemerintah bersama negeri. "Anak guam kami menyatakan bantahan keras terhadap pengumuman pembubaran DUN oleh Menteri Besar."Tiada persetujuan diminta daripada anak guam kami berhubung pembubaran tersebut," menurut surat itu.Surat berkenaan turut menyatakan tindakan tersebut bercanggah dengan peruntukan Perkara 28(1) dan (2), 38(4) serta 56(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Nadzaruddin dimasyhur sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanARTIKEL BERKAITAN: Putrajaya kekal iktiraf Tuanku Muhriz... Upacara tabal Yang di-Pertuan Besar di hotel bawa implikasi besarMereka juga menegaskan bahawa kegagalan membatalkan pembubaran itu boleh membawa implikasi perundangan, termasuk menimbulkan persoalan mengenai kesahihan pilihan raya.Firma guaman berkenaan berkata, para Undang dan Tunku Besar Tampin mahu Speaker DUN mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan tersebut.Mereka terdiri daripada Undang Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; serta Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.Datuk Mubarak Dohak merupakan bekas Undang Sungai Ujong yang telah dilucutkan jawatan pada April lalu. Bagaimanapun, beliau kini mencabar keputusan penyingkirannya itu. -The Star