suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putrajaya kekal iktiraf Tuanku Muhriz... Upacara tabal Yang di-Pertuan Besar di hotel bawa implikasi besar

Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian itu dibuat berdasarkan perundangan dan perlembagaan walaupun wujud usaha memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar untuk menggantikan Tuanku Muhriz.

Jelas Anwar, krisis yang sedang berlaku di Negeri Sembilan sudah tentu menggusarkan kerana institusi Raja mempunyai peraturan, kaedah serta caranya yang tersendiri.

Sekiranya ia digugat, Anwar berpandangan ia memberi mesej yang sangat tidak baik dan boleh membawa implikasi besar terhadap negara serta keamanan tanah air.

Ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti, Puchong,  Anwar berkata dia tidak menafikan hak sesiapa mengikut saluran undang-undang dan perlembagaan negara, namun hujahnya haruslah kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Nadzaruddin dimasyhur sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Menurut Anwar lagi, pihaknya juga sudah memberi nasihat agar pemahsyuran itu dibuat mengikut saluran perundangan mahkamah, namun ia tetap dilangsungkan di sebuah hotel pada Jumaat. 

Terdahulu, media melaporkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-12.

Istiadat pertabalan berkenaan disempurnakan oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Ia berlangsung di ruang lounge kelab yang terletak di tingkat satu sebuah hotel lima bintang di Melaka pada Jumaat.

Untuk rekod, Tuanku Nadzaruddin merupakan putera ketiga Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dan sebelum ini menyandang gelaran Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan.

Artikel Lain