DEWAN Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang meliputi 36 kerusi secara rasminya dibubarkan pada Jumaat.Ia diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi sidang media khas di kediamannya di Seremban. Menurut Aminuddin, pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti pada Khamis malam.ARTIKEL BERKAITAN: DUN Johor bubar berkuat kuasa Isnin, PRN ke-16 bakal dilaksanakan"Alhamdulillah pukul 8.30 malam tadi, saya menghadap DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap dan Tuanku memperkenankan pembubaran DUN mulai esok 5 Jun 2026, hari Jumaat," katanya.Pengumuman itu sekali gus mengakhiri spekulasi pembubaran DUN yang bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.Pembubaran DUN itu dibuat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.Untuk rekod, Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN selepas Johor berbuat demikian pada Isnin.