PIHAK mStar ingin memaklumkan bahawa akaun Instagram rasmi @mstaronlineofficial, kini mengalami gangguan dan tidak boleh diakses buat sementara waktu.Pengumuman ini dibuat bagi menjawab pertanyaan orang ramai yang tertanya-tanya dan mendapati akaun ini sudah tidak kelihatan sejak dua minggu lalu. Pihak mStar bagaimanapun telah berhubung dengan Meta bagi mendapatkan penjelasan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah ini dan siasatan mengenainya sedang dilakukan.Sehubungan itu, para pembaca tidak perlu bimbang untuk terus mendapatkan ‘vibe’ hiburan dan sensasi harian kerana kandungan sedia ada boleh diikuti menerusi platform digital lain.Segala berita, informasi penting, dan kandungan video terkini boleh diakses seperti biasa menerusi portal utama mStar, serta akaun media sosial rasmi iaitu Facebook, X, Threads, TikTok, dan Telegram.Pihak mStar amat menghargai sokongan padu, kesetiaan, serta kesabaran para pembaca sepanjang tempoh gangguan ini berlaku.Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sebaik sahaja akaun Instagram rasmi ini kembali pulih.Terima kasih atas sokongan luar biasa anda!