suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tercampak keluar kenderaan... Si kecil 2 tahun antara 5 sekeluarga maut nahas ngeri kereta langgar paip air

Keadaan kemalangan yang mengorbankan lima sekeluarga di Serian.

SATU kemalangan ngeri di Jalan Baki Lama-Ensengei, Serian, Sarawak pada pagi Rabu meragut nyawa lima ahli sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun selepas mangsa dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan.

Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi.

Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Bostari Aidit, 30; Ajibah Ahmat, 47; Nur Farah Shahira Narudin, 26; Nur Ain Nasrin Narudin, 16; serta Nur Assyfa Luthfya Narudin, 2.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.41 pagi.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar batang paip air.

"Lima mangsa terlibat terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki dewasa serta seorang bayi perempuan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pasukan bomba mengeluarkan empat mangsa dewasa dari kenderaan manakala bayi perempuan ditemukan oleh orang awam berhampiran selepas dipercayai tercampak keluar dari kenderaan semasa kemalangan berlaku.

Jelasnya, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Lain