suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DUN Johor bubar berkuat kuasa Isnin, PRN ke-16 bakal dilaksanakan

Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor pada Isnin.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa Isnin sekali gus membuka ruang untuk pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim selepas menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada sebelah pagi.

"Watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan berkuatkuasa Isnin, selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

"Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi. Keputusan ini dibuat dengan niat memastikan rakyat Johor terus memiliki kerajaan stabil dan kukuh," katanya menerusi sidang media khas di kediamannya pada pukul 5 petang.

Onn Hafiz yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut meminta kepimpinan parti politik, ahli-ahli, penyokong serta masyarakat pelbagai lapisan menghadapi proses demokrasi dengan penuh berhemah.

Pada 16 Mei lalu, Onn Hafiz membuat pengumuman bahawa Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo dengan meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Susulan pengumuman itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Konvensyen PH 2026 memaklumkan pihaknya juga bersedia berdepan BN bukan hanya di PRN Johor, tetapi juga di Melaka, Negeri Sembilan dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Untuk rekod, pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung Mac 2022, BN membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.

Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi, sementara Muda memperoleh satu kerusi.

 

Artikel Lain