suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Curiga anak lelaki ‘berkurung’ dalam bilik, warga emas terkejut temui mayat sudah mereput 

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan reput di dalam biliknya.

 

PERASAAN curiga seorang ibu selepas mendapati anak lelakinya tidak keluar bilik selama beberapa hari membawa kepada penemuan mayat mangsa yang sudah mereput.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu Tumpat, Kelantan pada Sabtu itu melibatkan lelaki berusia 35 tahun yang merupakan seorang penganggur.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu pada puul 6.27 petang.

Menurut Mohd Khairi, siasatan awal mendapati ibu mangsa yang berusia 71 tahun mula berasa curiga selepas anaknya tidak keluar bilik.

"Wanita itu kemudian bertindak memeriksa keadaan anaknya sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik yang berkunci dari dalam.

"Pihak polis bersama petugas perubatan Hospital Tumpat yang tiba di lokasi kemudiannya mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Namun malangnya, punca kematian tidak dapat ditentukan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput.

"Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

 

Artikel Lain