suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haiwan tidak dapat ditangkap untuk disembelih boleh ditembak - Mufti Perlis

Mufti Perlis memberi pandangan berkaitan haiwan sembelihan.

HAIWAN yang halal dimakan tetapi terlepas dan tidak dapat ditangkap untuk disembelih, sebenarnya dibenarkan dalam Islam untuk dipanah atau ditembak terlebih dahulu, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, selain menggunakan senjata api atau busur panah, pendekatan alternatif seperti menggunakan haiwan pemburu seperti anjing untuk menangkap haiwan berkenaan juga dibenarkan di dalam Islam.  

"Dibaca bismillah sebelum melancarkan. Jika panah atau peluru, atau gigitan telah mematikan haiwan tersebut, maka boleh dimakan.

"Jika belum mematikan, hendaklah disembelih seperti biasa," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis nak tahu MB Perlis tembak lembu korban guna peluru apa... Abu Bakar pertahan tindakan demi keselamatan awam

Penjelasan itu muncul ketika orang ramai sibuk memperkatakan tentang tindakan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah melepaskan tembakan ke arah seekor lembu korban.

Abu Bakar tampil mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa lembu korban tersebut terpaksa ditembak selepas haiwan itu mengamuk dan terlepas daripada ikatan sehingga boleh mengancam keselamatan orang ramai serta petugas di lokasi kejadian.

Susulan itu Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan awal berhubung kejadian berkenaan.

Menurut beliau, fokus siasatan kini tertumpu kepada usaha untuk mengenal pasti jenis senjata api serta peluru yang digunakan oleh pemimpin berkenaan dalam insiden tersebut.

Artikel Lain