suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis nak tahu MB Perlis tembak lembu korban guna peluru apa... Abu Bakar pertahan tindakan demi keselamatan awam

MB Perlis melepaskan tembakan pada bahagian kaki seekor lembu korban yang dikatakan mengamuk dan agresif.

POLIS akan memanggil Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan tindakan beliau menembak seekor lembu korban.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan pihak polis sudah memulakan siasatan awal sebaik sahaja menyedari penularan video berkenaan, meskipun setakat ini mereka belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak.

Menurut beliau, fokus siasatan kini tertumpu kepada usaha untuk mengenal pasti jenis senjata api serta peluru yang digunakan oleh pemimpin berkenaan dalam insiden tersebut.

"Kami masih menyiasat sama ada tembakan itu menggunakan peluru hidup atau sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 38 saat memaparkan Abu Bakar melepaskan tembakan ke arah seekor lembu tular di media sosial hingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Sementara itu, Abu Bakar tampil mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa lembu korban tersebut terpaksa ditembak selepas haiwan itu mengamuk dan terlepas daripada ikatan sehingga boleh mengancam keselamatan orang ramai serta petugas di lokasi kejadian.

Beliau berkata, tindakan menembak lembu itu dibuat selepas haiwan berkenaan gagal dikawal dan hanya tembakan ke arah kaki dilepaskan sebelum proses penyembelihan dijalankan mengikut prosedur biasa.

Abu Bakar turut menafikan dakwaan bahawa lembu korban tersebut mati akibat terkena tembakan.

Menurutnya, program ibadah korban yang diadakan melibatkan 25 ekor lembu, namun hanya seekor bertindak mengamuk dan terlepas daripada kawalan.

Artikel Lain